Loading...

Isu Jalan Rosak, Tak Wajar Netizen Hanya Salahkan Kerajaan Pahang Semata-Mata!

Loading...
Isu Jalan Rosak, Tak Wajar Netizen Hanya Salahkan Kerajaan Pahang Semata-Mata! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Jalan Rosak, Tak Wajar Netizen Hanya Salahkan Kerajaan Pahang Semata-Mata!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Jalan Rosak, Tak Wajar Netizen Hanya Salahkan Kerajaan Pahang Semata-Mata!
link : Isu Jalan Rosak, Tak Wajar Netizen Hanya Salahkan Kerajaan Pahang Semata-Mata!

Baca juga


Isu Jalan Rosak, Tak Wajar Netizen Hanya Salahkan Kerajaan Pahang Semata-Mata!

KUANTAN - Tidak wajar menyalahkan kerajaan Pahang semata-mata atas isu kerosakan jalan raya yang semakin kerap berlaku sekarang ini. Demikian ditegaskan oleh aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli, 51, ketika dihubungi hari ini.

Menurut Shukri, kerosakan jalan raya adalah fenomena biasa yang akan berlaku sampai bila-bila kerana faktor kapasiti kenderaan yang menggunakan jalan raya kian meningkat sekarang ini. Apatah lagi yang melibatkan kenderaan berat seperti lori tanker dan treler. Akibatnya jalan akan senantiasa rosak terutamanya ketika musim hujan. 

"Saya melihat serangan bertalu-talu telah dibuat oleh netizen terhadap kerajaan Pahang, susulan isu jalan rosak. Malah ia bertambah serius lagi selepas berlaku kejadian seorang penunggang motosikal meninggal dunia akibat terjatuh selepas melanggar lubang di Temerloh baru-baru ini.

"Paling mengejutkan, siap ada netizen yang menyiarkan nombor peribadi pemimpin Pahang agar dijadikan bahan serangan. Ini tidak masuk akal dan tidak wajar dilakukan. Ia jelas menyalahi akta dan mereka yang terlibat boleh menerima hukuman jika ada laporan," katanya.

Shukri turut berkata, sebagai seorang aktivis yang sering 'terjah' isu jalan rosak selama ini beliau menganggap masalah terbabit tidak akan selesai selagi ada kontraktor jalan yang membuat kerja-kerja turapan tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan. 

"Memang benar, ada lokasi jalan yang sudah berkali-kali diturap namun tetap rosak terutamanya laluan ke kawasan industri seperti Semambu, Gebeng dan sebagainya. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana begitu banyak kenderaan berat menggunakan jalan terbabit.

"Sebab itu, netizen tidak boleh secara sembrono menyalahkan kerajaan semata-mata kerana kerja membaiki kerosakan jalan dilakukan setiap masa. Tidak bolehlah terlalu mengharap kerja berkaitan sepantas kilat, melainkan kerosakan kecil yang boleh disiapkan dalam masa 24 jam. 

"Kerja tular gambar jalan rosak di media sosial memang mudah, agar menimbulkan kemarahan dikalangan netizen yang lain. Namun, pengguna jalan raya tidak tahu kaedah dan prosedur untuk memperbetulkan kerosakan itu." tambah beliau lagi.

Sementara itu Shukri turut mendakwa mana mungkin jalan yang elok pada siang hari, kemudian rosak dan berlubang pada malam hari dan ada kemalangan diawal pagi hari kemudian kita mahu salahkan kerajaan?. Jalan dah elok tiada masalah, tiba-tiba banyak kenderaan berat lalu hingga rosak dan berlubang maka tidak mungkin jam 2.00 hingga 3.00 pagi ia boleh diperbetulkan segera. 

"Esok hari baru ada tindakan oleh pihak terbabit. Jika di Pahang kita ada Roadcare, YP Maintanance dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bagi kawasan Kuantan. Mereka juga perlu masa untuk memantau dan menyiasat aduan yang disebarkan di media sosial. Terkadang ada isu lama yang sengaja ditularkan oleh netizen yang tidak bertanggungjawab.

"Justeru, saya rasa tidak adil netizen salahkan kerajaan sepenuhnya. Jika begitu, lebih baik kerajaan halang kenderaan berat melalui jalan-jalan tertentu agar tiada kerosakan. Nanti, ada pula yang tuduh kerajaan zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Sebab itulah, kita kena berlapang dada dan saya yakin segala kerosakan yang dilaporkan secara betul kepada agensi terbabit akan diambil perhatian segera oleh kerajaan. Di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail sekarang maka saya amat yakin keprihatinan dan kecaknaan terhadap isu ini akan dipertingkatkan', katanya.

Dalam pada itu Shukri berkata berdasarkan pengalaman 'edisi terjah jalan rosak' selama ini, beliau bersedia untuk menjadi mata dan telinga kerajaan untuk turun padang dengan segera bagi memantau isu ini. 

Malah, edisi terjah jalan rosak yang beliau bangkitkan juga pernah disiarkan dalam media arus perdana termasuk rancangan TV1 RTM "Titik Sentuhan".

"Kerajaan tidak cukup kakitangan untuk berjaga siang malam, makanya serahkan kepada kami kerana telah lama menerjah isu jalan rosak ini sebenarnya. Secara tidak langsung kami boleh membantu menyampaikan  maklumat terus dengan lebih pantas untuk diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Itu pun jika kerajaan memerlukan kerjasama kami. Lagi pun semua orang tau memang saya kaki terjah isu rakyat seperi ini," tambah beliau lagi. 

Shukri turut berharap agar isu jalan rosak ini dapat ditangani dengan betul agar tidak terus menjadi isu yang menimbulkan kemarahan rakyat. Ramai yang trauma dengan isu ini, terutamanya bagi mereka yang ditimpa musibah seperti cedera akibat terjatuh, tayar pecah, rim bengkok dan sebagainya. #pahangdaily



Demikianlah Artikel Isu Jalan Rosak, Tak Wajar Netizen Hanya Salahkan Kerajaan Pahang Semata-Mata!

Sekianlah artikel Isu Jalan Rosak, Tak Wajar Netizen Hanya Salahkan Kerajaan Pahang Semata-Mata! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Jalan Rosak, Tak Wajar Netizen Hanya Salahkan Kerajaan Pahang Semata-Mata! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/02/isu-jalan-rosak-tak-wajar-netizen-hanya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu Jalan Rosak, Tak Wajar Netizen Hanya Salahkan Kerajaan Pahang Semata-Mata!"

Catat Ulasan

Loading...