Loading...

Lynas Nafi Tahap Radioaktif Tinggi Dalam 'Air Di Bawah Tanah' Berdekatan Lojinya !

Loading...
Lynas Nafi Tahap Radioaktif Tinggi Dalam 'Air Di Bawah Tanah' Berdekatan Lojinya ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lynas Nafi Tahap Radioaktif Tinggi Dalam 'Air Di Bawah Tanah' Berdekatan Lojinya !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lynas Nafi Tahap Radioaktif Tinggi Dalam 'Air Di Bawah Tanah' Berdekatan Lojinya !
link : Lynas Nafi Tahap Radioaktif Tinggi Dalam 'Air Di Bawah Tanah' Berdekatan Lojinya !

Baca juga


Lynas Nafi Tahap Radioaktif Tinggi Dalam 'Air Di Bawah Tanah' Berdekatan Lojinya !

 

KUALA LUMPUR - Lynas Malaysia menafikan terdapat tahap radioaktif yang tinggi dalam air bawah tanah berdekatan lojinya di Gebeng, Kuantan.

Pengurus Besar Keselamatan Radiasi Lynas Malaysia, Dr Ismail Bahairi dalam kenyataan berkata berdasarkan laporan Penilaian Impak Radiologi (RIA) bagi fasiliti pelupusan kekal, tiada perbezaan signifikan kepekatan radionuklida dalam air bawah tanah atau ikan berdekatan loji itu, sepanjang 10 tahun syarikat tersebut beroperasi.

“Ini adalah berdasarkan bukti saintifik daripada data pemantauan yang direkodkan sebelum Lynas Malaysia memulakan operasi di Gebeng dan 55 pusingan pemantauan bebas dalam sembilan tahun Lynas Malaysia beroperasi,” katanya.

Kenyataan itu adalah susulan laporan media tempatan mengenai kehadiran radionuklida berdekatan loji Lynas Malaysia di Gebeng yang disifatkan syarikat itu sebagai berat sebelah dan mengelirukan.

“Menyatakan bahawa Lynas telah menemukan tahap radioaktif yang tinggi dalam air bawah tanah adalah tidak benar. Seperti dinyatakan oleh laporan RIA, kepekatan radionuklida bagi air bawah tanah masih dalam garis panduan air minum Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Dunia,” kata Ismail.

Katanya laporan RIA itu adalah sebahagian daripada laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang dilakukan oleh pakar termasuk Sahabat Alam Malaysia dan dipaparkan kepada orang awam selama lebih kurang setahun bagi membolehkan mereka memberi pandangan.

Laporan EIA itu turut mengandungi maklum balas daripada pakar tempatan dan antarabangsa dan ia diperakui oleh Jabatan Alam Sekitar, katanya.

Beliau berkata menurut laporan EIA, tiada perbezaan signifikan dalam radionuklida ikan yang ditangkap di dalam dan luar Kolam Takungan Air Ribut Lynas di Sungai Balok, justeru kenyataan bahawa Lynas menemukan elemen radioaktif adalah sesuatu yang tidak tepat dan mengelirukan.

“Lynas telah beroperasi secara selamat untuk lebih 10 tahun, selaras dengan peraturan Malaysia dan amalan terbaik antarabangsa termasuk dua pemeriksaan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang mendapati Lynas adalah berisiko rendah dan mematuhi peraturan,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Lynas Nafi Tahap Radioaktif Tinggi Dalam 'Air Di Bawah Tanah' Berdekatan Lojinya !

Sekianlah artikel Lynas Nafi Tahap Radioaktif Tinggi Dalam 'Air Di Bawah Tanah' Berdekatan Lojinya ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lynas Nafi Tahap Radioaktif Tinggi Dalam 'Air Di Bawah Tanah' Berdekatan Lojinya ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/02/lynas-nafi-tahap-radioaktif-tinggi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lynas Nafi Tahap Radioaktif Tinggi Dalam 'Air Di Bawah Tanah' Berdekatan Lojinya !"

Catat Ulasan

Loading...