Loading...

Pemimpin PN Maran Persoal Projek PAKR Masih Lagi Belum Disiapkan Sejak 1999 !

Loading...
Pemimpin PN Maran Persoal Projek PAKR Masih Lagi Belum Disiapkan Sejak 1999 ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemimpin PN Maran Persoal Projek PAKR Masih Lagi Belum Disiapkan Sejak 1999 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemimpin PN Maran Persoal Projek PAKR Masih Lagi Belum Disiapkan Sejak 1999 !
link : Pemimpin PN Maran Persoal Projek PAKR Masih Lagi Belum Disiapkan Sejak 1999 !

Baca juga


Pemimpin PN Maran Persoal Projek PAKR Masih Lagi Belum Disiapkan Sejak 1999 !


MARAN - Usaha Kerajaan Pahang menyediakan lebih banyak kemudahan perumahan mampu milik kepada rakyat negeri ini harus diberi pujian.

Namun, ada antara projek untuk rakyat dibiarkan terbengkalai terlalu lama hingga menimbulkan persoalan mengenai status projek berkenaan.

Antara dikenal pasti ‘bermasalah’ ialah projek perumahan awam kos rendah (PAKR) Taman Jaya Diri, Chenor di sini.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mujibur Rahman Ishak, tempoh lebih 20 tahun bagi menyiapkan sesuatu projek perumahan untuk rakyat adalah terlalu lama dan mencurigakan.

“Projek PAKR Chenor (Taman Jaya Diri) mula terbengkalai pada tahun 2012 dan sampai sekarang, kita belum nampak sebarang usaha dilakukan kerajaan Pahang bagi menyiapkan projek ini.

“Saya difahamkan pemaju asal projek ini juga sudah bertukar dan diserahkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PNKP) untuk menyiapkan projek berkenaan.

“Terdapat 186 unit untuk kawasan PAKR Chenor dan semuanya dalam keadaan menyedihkan, terbiar dan dikelilingi semak,” katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.

Mujibur memaklumkan semua Adun daripada Perikatan Nasional (PN) sudah melawat dan melihat sendiri keadaan sebenar di tapak projek itu pada Rabu lalu.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Dato' Sri Johari Harun dalam kenyataan Facebook berkata, projek PAKR Chenor sudah diserahkan kepada PKNP untuk disiapkan dan kerja awalan sudah dimulakan pada Disember lalu.

“Saya sendiri mengadakan perjumpaan dengan wakil PKNP bagi membincangkan perkara itu pada 26 Januari lalu dan mereka memaklumkan kontraktor yang dilantik sudah memulakan kerja pembersihan tapak hujung tahun lalu.

“Proses kelulusan ‘Kebenaran Merancang’ dijangka selesai selewat-lewatnya April ini sebelum kerja membabitkan struktur bangunan boleh dimulakan pada bulan Jun 2023,” katanya.

Dalam pada itu, ADUN Kuala Sentul, Dato' Jasri Jamaludin ketika dihubungi memberitahu jawapan Johari berkaitan projek PAKR Chenor kurang tepat.

“Jika benar kerja pembersihan tapak sudah dilakukan, kami tidak nampak sebarang kesan (kerja pembersihan) ketika membuat tinjauan di situ pada Rabu lalu.

“Sebahagian unit rumah di situ juga mengalami kerosakan struktur, retak dan perlu dibina semula bagi mengelakkan risiko kepada pemiliknya nanti,” katanya.

Jasri bagaimanapun merakamkan ucapan terima kasih kepada Johari kerana proaktif memberikan jawapan sebaik sahaja isu itu dibangkitkan.

Katanya, semua Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Perikatan Nasional Pahang akan terus memantau perkembangan projek berkenaan bagi memastikan ia dilaksanakan secara telus. #sumber



Demikianlah Artikel Pemimpin PN Maran Persoal Projek PAKR Masih Lagi Belum Disiapkan Sejak 1999 !

Sekianlah artikel Pemimpin PN Maran Persoal Projek PAKR Masih Lagi Belum Disiapkan Sejak 1999 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemimpin PN Maran Persoal Projek PAKR Masih Lagi Belum Disiapkan Sejak 1999 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/02/pemimpin-pn-maran-persoal-projek-pakr.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemimpin PN Maran Persoal Projek PAKR Masih Lagi Belum Disiapkan Sejak 1999 !"

Catat Ulasan

Loading...