Loading...

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Kembali Meningkat, Keadaan Di Pahang Semakin Pulih !

Loading...
Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Kembali Meningkat, Keadaan Di Pahang Semakin Pulih ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Kembali Meningkat, Keadaan Di Pahang Semakin Pulih !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Kembali Meningkat, Keadaan Di Pahang Semakin Pulih !
link : Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Kembali Meningkat, Keadaan Di Pahang Semakin Pulih !

Baca juga


Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Kembali Meningkat, Keadaan Di Pahang Semakin Pulih !

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor kembali meningkat kepada 40,008 orang setakat jam 8 malam tadi, berbanding 39,315 orang pada petang tadi susulan peningkatan mangsa di daerah Batu Pahat.

Sementara itu, keadaan di Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 2,268 orang, berbanding 2,538 pada sebelah petang.

Di Johor, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan sebanyak 11,383 keluarga ditempatkan di 200 pusat pemindahan sementara (PPS) dengan lapan daerah terjejas berikutan keadaan banjir di Johor Bahru, pulih sepenuhnya.

"Daripada lapan daerah, Batu Pahat yang paling terjejas dengan mangsa seramai 27,289 orang ditempatkan di 89 PPS diikuti Muar dengan 4,079 orang (21 PPS) dan Tangkak 2,491 orang (22 PPS)," menurut kenyataan JPBN, malam ini.

Sebanyak 11 sungai masih melepasi aras bahaya antaranya Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok (Batu Pahat) yang kini berada di paras 20.19 meter (m); Sungai Muar di Bukit Kepong (Muar) di paras 5.46m dan Sungai Muar di Lubok Kepong (Segamat) di paras 18.63m.

Di Pahang, aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan seramai 2,255 orang daripada 653 keluarga ditempatkan di 15 PPS di Rompin, manakala 13 orang daripada dua keluarga masih berada di sebuah PPS di Maran.

Di Melaka pula, jumlah mangsa banjir di Jasin kekal seramai 606 orang daripada 162 keluarga setakat jam 8 malam dengan semua mangsa ditempatkan di lima PPS termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah yang membabitkan 211 orang daripada 56 keluarga.

Menurut kenyataan JPBN, sebanyak 146 mangsa daripada 35 keluarga juga ditempatkan di SK Parit Penghulu; 88 mangsa daripada 22 keluarga di SK Seri Mendapat; 99 mangsa daripada 25 keluarga di SK Sungai Rambai dan 62 mangsa daripada 24 keluarga berada di SK Parit Gantong. #sumber



Demikianlah Artikel Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Kembali Meningkat, Keadaan Di Pahang Semakin Pulih !

Sekianlah artikel Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Kembali Meningkat, Keadaan Di Pahang Semakin Pulih ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Kembali Meningkat, Keadaan Di Pahang Semakin Pulih ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/03/jumlah-mangsa-banjir-di-johor-kembali.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Kembali Meningkat, Keadaan Di Pahang Semakin Pulih !"

Catat Ulasan

Loading...