Loading...

Tolak Sertai PN, PEJUANG Wajar Bubar Dan Ahli Sertai PAS Atau Pun BERSATU

Loading...
Tolak Sertai PN, PEJUANG Wajar Bubar Dan Ahli Sertai PAS Atau Pun BERSATU - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tolak Sertai PN, PEJUANG Wajar Bubar Dan Ahli Sertai PAS Atau Pun BERSATU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tolak Sertai PN, PEJUANG Wajar Bubar Dan Ahli Sertai PAS Atau Pun BERSATU
link : Tolak Sertai PN, PEJUANG Wajar Bubar Dan Ahli Sertai PAS Atau Pun BERSATU

Baca juga


Tolak Sertai PN, PEJUANG Wajar Bubar Dan Ahli Sertai PAS Atau Pun BERSATU

 

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Perikatan Nasional (PN) menolak permohonan Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) untuk menyertai gabungan itu kerana risau kemasukan parti baru menjelang pilihan raya negeri akan mengganggu perbincangan pembahagian kerusi.

"Masa dia masuk dekat PRN … parti komponen PN sudah bincang bila terima masuk ia mungkin akan mengganggu proses perbincangan yang sedang berjalan,” katanya seperti dipetik FMT.

PEJUANG kalah PRU-15 dan setiap calonnya termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kehilangan wang deposit.

Parti itu sejak itu dilanda krisis dengan Dr Mahathir menyertai Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (PUTRA) pimpinan Datuk Ibrahim Ali manakala anaknya Datuk Mukhriz Mahathir cuba memohon supaya PEJUANG menyertai gabungan PN.

"Penyatuan ummah tidak akan berlaku sebab mereka (PEJUANG) bukan parti utama sepertimana UMNO atau BERSATU,” kata Tuan Ibrahim.

“Walaupun PEJUANG masuk pilihan raya, ia kalah hampir semua dan mereka akui hilang deposit,” katanya lagi.

Tuan Ibrahim juga berkata PEJUANG wajar dibubarkan dan ahlinya menyertai PAS atau BERSATU.

“Itu lebih baik berbanding banyakkan parti kecil kerana akhirnya ia akan menimbul masalah,” katanya.

Selain Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, PEJUANG juga memegang tiga kerusi DUN iaitu Anak Bukit di Kedah serta Jeram dan Kuang di Selangor yang dimenangi ahli PEJUANG ketika bertanding bawah tiket BERSATU dan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

“Saya jangka mereka tahu dengan bersendirian dia tak boleh pertahan kerusi itu maka dia cari gabungan lain,” kata Tuan Ibrahim.

Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 21 Mac lalu memutuskan untuk menolak permohonan PEJUANG menyertai gabungan itu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak memberikan sebarang alasan mengapa gabungan berkenaan memutuskan untuk menolak PEJUANG.

Hamzah dalam kenyataan menolak PEJUANG juga tidak menyebut tentang Gerakan Tanah Air (GTA) yang juga dilaporkan berhasrat untuk menyertai PN.

Mesyuarat PN berkenaan dipengerusikan oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku pengerusi PN dan dihadiri oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden GERAKAN, Dominic Lau. #sumber



Demikianlah Artikel Tolak Sertai PN, PEJUANG Wajar Bubar Dan Ahli Sertai PAS Atau Pun BERSATU

Sekianlah artikel Tolak Sertai PN, PEJUANG Wajar Bubar Dan Ahli Sertai PAS Atau Pun BERSATU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tolak Sertai PN, PEJUANG Wajar Bubar Dan Ahli Sertai PAS Atau Pun BERSATU dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/03/tolak-sertai-pn-pejuang-wajar-bubar-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tolak Sertai PN, PEJUANG Wajar Bubar Dan Ahli Sertai PAS Atau Pun BERSATU"

Catat Ulasan

Loading...