Judul : Fakhruddin "Secara Rasmi" Kekal Ketua UMNO Bahagian Pekan Sesi 2023-2026
link : Fakhruddin "Secara Rasmi" Kekal Ketua UMNO Bahagian Pekan Sesi 2023-2026
Fakhruddin "Secara Rasmi" Kekal Ketua UMNO Bahagian Pekan Sesi 2023-2026
KUANTAN: Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bersidang pada 7 April 2023 memutuskan bahawa tiada sebarang unsur ketidakaturan yang berlaku dalam mesyuarat dan pemilihan tersebut.
Ini bermakna keputusan pemilihan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan adalah sah.
Selepas 41 tahun, jawatan tersebut yang selama ini dipegang bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak, kini beralih kepada Exco Kerajaan Pahang, Dato' Sri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.
Jawatan itu sebelum ini dipangku oleh Dato' Sri Zamri Ramly selepas Najib yang memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan sejak 1982 dikekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda ke atasnya oleh Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lalu.
Pada pemilihan baru-baru ini Fakhruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar menang selepas mendapat 449 undi daripada keseluruhan 888 undi, menewaskan pesaingnya dengan hanya beza 14 undi di mana Zamri memperolehi 435 undi.
Berdasarkan keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh ibu pejabat UMNO bertarikh 10 April 2023 yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Dato' Dr Asraf Wajdi Dusuki itu, maka harapan pihak yang tidak berpuas hati dan mencabar keputusan tersebut kini berakhir sudah.
Semua pihak harus berlapang dada dan menerima keputusan rasmi itu dengan hati terbuka hendaknya. #PDO
Demikianlah Artikel Fakhruddin "Secara Rasmi" Kekal Ketua UMNO Bahagian Pekan Sesi 2023-2026
Anda sekarang membaca artikel Fakhruddin "Secara Rasmi" Kekal Ketua UMNO Bahagian Pekan Sesi 2023-2026 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/04/fakhruddin-secara-rasmi-kekal-ketua.html
0 Response to "Fakhruddin "Secara Rasmi" Kekal Ketua UMNO Bahagian Pekan Sesi 2023-2026"
Catat Ulasan