Loading...

Kes 'Tumbuk' Libatkan Bekas Pemimpin, Mencalarkan 'Nama Baik' UMNO Pekan !

Loading...
Kes 'Tumbuk' Libatkan Bekas Pemimpin, Mencalarkan 'Nama Baik' UMNO Pekan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes 'Tumbuk' Libatkan Bekas Pemimpin, Mencalarkan 'Nama Baik' UMNO Pekan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes 'Tumbuk' Libatkan Bekas Pemimpin, Mencalarkan 'Nama Baik' UMNO Pekan !
link : Kes 'Tumbuk' Libatkan Bekas Pemimpin, Mencalarkan 'Nama Baik' UMNO Pekan !

Baca juga


Kes 'Tumbuk' Libatkan Bekas Pemimpin, Mencalarkan 'Nama Baik' UMNO Pekan !

 

PEKAN: 'Budaya samseng' dalam UMNO tidak wajar berlaku, tambahan pula di ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadann Al-Mubarak ini.

Namun, lain pula halnya yang terjadi kepada UMNO Pekan. Satu kejadian 'kes tumbuk' dipercayai telah berlaku Selasa lalu dan ia melibatkan bekas pemimpin kanan UMNO bahagian itu sendiri. 

Demikian dilaporkan oleh seorang saksi yang melihat kejadian itu di sebuah restoran mamak di bandar ini.

"Saya nampak seorang individu telah ditumbuk oleh pemimpin itu bersama orang kanannya. Bukan sekali, malahan dua kali kena tumbuk.

"Ketika kejadian saya sedang makan di restoran itu. Tiba-tiba saya lihat mangsa menghampiri meja pemimpin  terbabit. Beliau menghulurkan tangan tanda salam.  Namun, dengan sepantas kilat kejadian tumbuk berlaku," kata saksi terbabit.

Menurutnya lagi, sehingga ke hari ini dia tidak pasti mangsa kejadian ada membuat laporan polis atau pun tidak.

"Saya nampak mangsa ditumbuk pada bahagian muka. Ketika kejadian rakan mangsa berada di meja satu lagi, mungkin dia tidak sedar kerana kejadian berlaku sepantas kilat," katanya.

Ketika ditanya bagaimana beliau boleh kenal suspek adalah bekas pemimpin UMNO Pekan? Beliau berkata dia turut ikuti perkembangan semasa politik Pekan, selepas ketiadaan Datuk Sri Najib Tun Razak. 

"Saya kenal kerana dia (pemimpin) itu juga bertanding salah satu jawatan penting pada pemilihan UMNO baru-baru ini. Tapi beliau tewas. 

"Kejadian tumbuk yang berlaku ketika menjelangnya sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini amatlah memalukan. Apakah budaya samseng kini menjadi budaya pemimpin tertentu dalam UMNO Pekan?.

"Saya harap pemimpin atasan UMNO dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya atas kes ini. UMNO sebuah parti Melayu yang dipimpin oleh orang Islam. Kenapa budaya seperti ini harus dibiarkan?," tambah beliau lagi.

Sementara itu, terdapat dakwaan mengatakan mangsa merupakan seorang guru di sebuah sekolah di bandar ini.

Difahamkan, beliau turut mengalami kecederaan namun tidak mahu memanjangkan kes demi menjaga imej dan kerjayanya.

Apa pun kejadian seperti ini amatlah tidak wajar berlaku. Tambahan pula pada bulan yang mulia ini. Tindakan displin wajar dikenakan terhadap pihak berkenaan, demi keharmonian dan kesejahteraan UMNO Pekan itu sendiri sebenarnya. #PDO



Demikianlah Artikel Kes 'Tumbuk' Libatkan Bekas Pemimpin, Mencalarkan 'Nama Baik' UMNO Pekan !

Sekianlah artikel Kes 'Tumbuk' Libatkan Bekas Pemimpin, Mencalarkan 'Nama Baik' UMNO Pekan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes 'Tumbuk' Libatkan Bekas Pemimpin, Mencalarkan 'Nama Baik' UMNO Pekan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/04/kes-tumbuk-libatkan-bekas-pemimpin.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kes 'Tumbuk' Libatkan Bekas Pemimpin, Mencalarkan 'Nama Baik' UMNO Pekan !"

Catat Ulasan

Loading...