Loading...

Gagal Memotong Treler Jadi Punca Dua Beranak 'Maut' Kemalangan Di Rompin !

Loading...
Gagal Memotong Treler Jadi Punca Dua Beranak 'Maut' Kemalangan Di Rompin ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gagal Memotong Treler Jadi Punca Dua Beranak 'Maut' Kemalangan Di Rompin !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gagal Memotong Treler Jadi Punca Dua Beranak 'Maut' Kemalangan Di Rompin !
link : Gagal Memotong Treler Jadi Punca Dua Beranak 'Maut' Kemalangan Di Rompin !

Baca juga


Gagal Memotong Treler Jadi Punca Dua Beranak 'Maut' Kemalangan Di Rompin !

KUANTAN: Dua beranak maut selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 145 Jalan Kuantan-Johor Bahru, Rompin, awal pagi Rabu. 

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, berkata dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, mangsa yang maut adalah pemandu kereta PERODUA Myvi, Azirul Azeem Mazri, 30, dan anaknya, Muhammad Adhwa yang berusia 10 bulan.

"Siasatan awal mendapati, kereta dipandu Azirul Azeem bersama isteri dan anak lelakinya dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuantan dipercayai memotong kenderaan lain dan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan treler yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan itu, Azirul Azeem disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

"Isteri mangsa, Farah Nasuha Johari, 30, tidak mengalami kecederaan, manakala pemandu treler berusia 30 tahun cedera ringan," katanya dalam kenyataan di sini. 

Beliau berkata, kes kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rompin ke lokasi kejadian untuk bantuan menyelamat.

"Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Rompin," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Gagal Memotong Treler Jadi Punca Dua Beranak 'Maut' Kemalangan Di Rompin !

Sekianlah artikel Gagal Memotong Treler Jadi Punca Dua Beranak 'Maut' Kemalangan Di Rompin ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gagal Memotong Treler Jadi Punca Dua Beranak 'Maut' Kemalangan Di Rompin ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/06/gagal-memotong-treler-jadi-punca-dua.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Gagal Memotong Treler Jadi Punca Dua Beranak 'Maut' Kemalangan Di Rompin !"

Catat Ulasan

Loading...