Loading...

MyHSR Umum 'Lantik' Datuk Fauzi Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Yang Baharu

Loading...
MyHSR Umum 'Lantik' Datuk Fauzi Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Yang Baharu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MyHSR Umum 'Lantik' Datuk Fauzi Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Yang Baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MyHSR Umum 'Lantik' Datuk Fauzi Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Yang Baharu
link : MyHSR Umum 'Lantik' Datuk Fauzi Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Yang Baharu

Baca juga


MyHSR Umum 'Lantik' Datuk Fauzi Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Yang Baharu

 

KUALA LUMPUR: MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) melantik Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif baharu kuatkuasa 22 Jun 2023.

Fauzi tidak asing dalam industri rel negara memandangkan beliau sebelum ini pernah berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) antara 2018 dan 2021, justeru mahir dalam pembangunan dan cabaran dalam industri.

MRL adalah anak syarikat kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang diamanahkan untuk menguruskan pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Fauzi juga mempunyai kerjaya yang cemerlang dan memegang pelbagai jawatan kanan dalam perkhidmatan awam dengan berkhidmat di pelbagai kementerian dan pernah menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri antara 1997 dan 1999. 

Beliau juga adalah Ahli Parlimen Kuantan antara 1990 dan 1999, dan kemudiannya, Ahli Parlimen Indera Mahkota antara 2013 dan 2018.

Dengan kelayakan yang sempurna dalam bidang kejuruteraan dan telah berkhidmat dalam lembaga pengarah pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta, MyHSR Corp berkata, Fauzi akan memberikan bimbingan dan sokongan strategik kepada lembaga itu sambil memastikan syarikat itu memenuhi aspirasi kerajaan untuk menswastakan sepenuhnya projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp, Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal bagi pihak Lembaga Pengarah, mengalu-alukan Fauzi sebagai Pengerusi dan yakin kepakaran dan pengalaman luas beliau yang tidak ternilai akan memandu MyHSR Corp dalam merealisasikan projek HSR.

"Dengan kami memulakan lembaran baharu projek ini, sejarah panjang beliau dalam kepimpinan yang bijak dan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pertumbuhan positif akan mengukuhkan keazaman kami dalam membawa projek itu membuahkan hasil untuk manfaat negara dan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Selain pelantikan terbaru itu, Fauzi mempengerusikan lembaga pengarah dua syarikat swasta.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kejuruteraan Perlombongan dari Imperial College of Science and Technology, University of London dan pernah berkhidmat sebagai jurutera di beberapa entiti swasta dan kerajaan pada awal kerjayanya.

Beliau juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang bagi Beserah.

MyHSR Corp adalah syarikat yang diperbadankan pada 2b015, dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan.

Sebagai syarikat penyampaian projek Kerajaan Malaysia untuk projek HSR, MyHSR Corp bertanggungjawab ke atas pembangunan dan pelaksanaan projek berkenaan. #sumber



Demikianlah Artikel MyHSR Umum 'Lantik' Datuk Fauzi Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Yang Baharu

Sekianlah artikel MyHSR Umum 'Lantik' Datuk Fauzi Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Yang Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MyHSR Umum 'Lantik' Datuk Fauzi Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Yang Baharu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/06/myhsr-umum-lantik-datuk-fauzi-abdul.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MyHSR Umum 'Lantik' Datuk Fauzi Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Yang Baharu"

Catat Ulasan

Loading...