Loading...

Nik Nazmi: Tasik Chini Dikekalkan Status Sebagai 'Tapak Rizab Biosfera' UNESCO !

Loading...
Nik Nazmi: Tasik Chini Dikekalkan Status Sebagai 'Tapak Rizab Biosfera' UNESCO ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nik Nazmi: Tasik Chini Dikekalkan Status Sebagai 'Tapak Rizab Biosfera' UNESCO !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nik Nazmi: Tasik Chini Dikekalkan Status Sebagai 'Tapak Rizab Biosfera' UNESCO !
link : Nik Nazmi: Tasik Chini Dikekalkan Status Sebagai 'Tapak Rizab Biosfera' UNESCO !

Baca juga


Nik Nazmi: Tasik Chini Dikekalkan Status Sebagai 'Tapak Rizab Biosfera' UNESCO !

KUALA LUMPUR: Tasik Chini di Pahang berjaya mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia diputuskan mesyuarat Majlis Penyelarasan Antarabangsa 'Man and the Biosphere' (ICC-MAB) ke-35 di Paris, Perancis, semalam.

Beliau berkata, mesyuarat mendapati semakan berkala kawasan tapak itu menepati kriteria Kerangka Statutori Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) dan syor Jawatankuasa Penasihat Antarabangsa mengenai Rizab Biosfera (IACBR) dengan mengambil kira usaha diambil bagi menambah baik pengurusan tapak berkenaan.

"Ini termasuk mengemas kini pengezonan bagi mengekalkan fungsi Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, mewartakan Hutan Simpan Kekal Chini, menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan melaksanakan moratorium terhadap aktiviti perlombongan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menyifatkan keputusan itu sangat membanggakan negara dan Pahang, Nik Nazmi turut mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri Pahang atas pengiktirafan itu dan berharap pengurusan tapak berkenaan terus ditambah baik.

Beliau berkata, Tasik Chini adalah tapak rizab biosfera pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan pada 2009 dan di Malaysia terdapat dua lagi tapak rizab biosfera iaitu Banjaran Crocker, Sabah dan Bukit Bendera, Pulau Pinang yang masing-masing mendapat pengiktirafan pada 2014 dan 2021.#sumber



Demikianlah Artikel Nik Nazmi: Tasik Chini Dikekalkan Status Sebagai 'Tapak Rizab Biosfera' UNESCO !

Sekianlah artikel Nik Nazmi: Tasik Chini Dikekalkan Status Sebagai 'Tapak Rizab Biosfera' UNESCO ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nik Nazmi: Tasik Chini Dikekalkan Status Sebagai 'Tapak Rizab Biosfera' UNESCO ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/06/nik-nazmi-tasik-chini-dikekalkan-status.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nik Nazmi: Tasik Chini Dikekalkan Status Sebagai 'Tapak Rizab Biosfera' UNESCO !"

Catat Ulasan

Loading...