Loading...

Seramai 181 Individu Menerima Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Pahang

Loading...
Seramai 181 Individu Menerima Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seramai 181 Individu Menerima Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seramai 181 Individu Menerima Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Pahang
link : Seramai 181 Individu Menerima Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Pahang

Baca juga


Seramai 181 Individu Menerima Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Pahang

KUALA LIPIS: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis berkenaan menyempurnakan penyampaian Darjah Kebesaran dan Pingat negeri Pahang kepada 181 penerima.

Istiadat sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, turut menyaksikan keberangkatan kekanda Tengku Hassanal, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kepimpinan negeri Pahang serta ketua-ketua jabatan.

Pada istiadat itu, seramai 20 penerima dikurniakan darjah kebesaran Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), 22 individu menerima darjah kebesaran Setia Mahkota Pahang (SMP) dan 17 penerima darjah kebesaran Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP).

Seramai 32 individu pula dikurniakan Ahli Mahkota Pahang (AMP), 18 individu menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), tiga dikurniakan Pingat Gagah Perwira (PGP), 25 individu menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) serta 44 individu dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Amirul Hamizan yang merupakan anak jati Kuala Rompin di Rompin mula mewakili Pahang dalam sukan angkat berat pada 1995.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel itu juga menyifatkan pengiktirafan itu sebagai pendorong semangat untuknya terus memartabatkan sukan angkat berat Malaysia, selain membantu hasrat Pahang mengembalikan semula kegemilangan sukan itu di negeri ini.

"Sebenarnya ini adalah panggilan ketiga untuk saya hadir setelah terpaksa menolak sebanyak dua kali kerana berada di luar negara bagi mengiringi pasukan angkat berat yang bertanding... untuk hari ini juga adalah rezeki kerana saya berada di Qatar semalam.

"Alhamdulillah perjalanan semua lancar dan saya dapat terus ke sini untuk menghadiri istiadat walaupun tidak dapat menghadiri sesi latihan semalam," katanya semasa ditemui selepas tamat istiadat itu.

Turut menerima SMP ialah Editor Kanan Perkhidmatan Berita, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Ahmad Shukran Shaharudin. #sumber



Demikianlah Artikel Seramai 181 Individu Menerima Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Pahang

Sekianlah artikel Seramai 181 Individu Menerima Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seramai 181 Individu Menerima Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/06/seramai-181-individu-menerima-darjah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Seramai 181 Individu Menerima Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Pahang"

Catat Ulasan

Loading...