Loading...

Lelaki Rentung Dalam Kereta Terbakar Di Lot Parkir 'Putra Square' Awal Pagi Tadi !

Loading...
Lelaki Rentung Dalam Kereta Terbakar Di Lot Parkir 'Putra Square' Awal Pagi Tadi ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Rentung Dalam Kereta Terbakar Di Lot Parkir 'Putra Square' Awal Pagi Tadi !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Rentung Dalam Kereta Terbakar Di Lot Parkir 'Putra Square' Awal Pagi Tadi !
link : Lelaki Rentung Dalam Kereta Terbakar Di Lot Parkir 'Putra Square' Awal Pagi Tadi !

Baca juga


Lelaki Rentung Dalam Kereta Terbakar Di Lot Parkir 'Putra Square' Awal Pagi Tadi !

KUANTAN: Seorang lelaki ditemui rentung dalam kereta jenis Nissan Almera yang terbakar di kawasan lot parkir Jalan Putra Square 7, Sri Dagangan di sini, awal pagi tadi.

Mayat mangsa di kerusi pemandu ditemui dengan kesan terbakar, dan polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kes dipercayai berlaku kira-kira jam 6 pagi yang diklasifikasikan mati mengejut.

Mayat mangsa ditemui di tempat duduk pemandu dalam keadaan terbaring dengan kerusi direbahkan.

Ketika ditemui mayat mangsa dalam keadaan 80 peratus terbakar, manakala kereta jenis Nissan Almera yang digunakan musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan namun setakat ini tidak melibatkan unsur jenayah.”

Siasatan mendapati kereta yang musnah terbakar itu didaftarkan atas nama rakan mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan jam 6.58 pagi.

Seramai tujuh anggota bomba termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan bergegas ke lokasi untuk memadam kebakaran tersebut.

Ketika tiba di lokasi mendapati terdapat mangsa dalam kenderaan itu. Kerja-kerja pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran hos saluran bantu mula air dari tangki jentera," kata Zulfadli

Menurutnya lagi, kebakaran dipadamkan dan kereta berkenaan musnah terbakar hampir 90 peratus serta mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. #sumber



Demikianlah Artikel Lelaki Rentung Dalam Kereta Terbakar Di Lot Parkir 'Putra Square' Awal Pagi Tadi !

Sekianlah artikel Lelaki Rentung Dalam Kereta Terbakar Di Lot Parkir 'Putra Square' Awal Pagi Tadi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Rentung Dalam Kereta Terbakar Di Lot Parkir 'Putra Square' Awal Pagi Tadi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/07/lelaki-rentung-dalam-kereta-terbakar-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lelaki Rentung Dalam Kereta Terbakar Di Lot Parkir 'Putra Square' Awal Pagi Tadi !"

Catat Ulasan

Loading...