Loading...

Tiada Keperluan bandingkan Kemajuan Pembangunan 'Kelantan' Dan 'Pahang' !

Loading...
Tiada Keperluan bandingkan Kemajuan Pembangunan 'Kelantan' Dan 'Pahang' ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Keperluan bandingkan Kemajuan Pembangunan 'Kelantan' Dan 'Pahang' !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Keperluan bandingkan Kemajuan Pembangunan 'Kelantan' Dan 'Pahang' !
link : Tiada Keperluan bandingkan Kemajuan Pembangunan 'Kelantan' Dan 'Pahang' !

Baca juga


Tiada Keperluan bandingkan Kemajuan Pembangunan 'Kelantan' Dan 'Pahang' !

KUANTAN: Tiada keperluan untuk membandingkan kemajuan pembangunan di Kelantan dan Pahang.

Ketua Penerangan UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, beliau terkilan dengan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyamakan kemajuan pembangunan kedua-dua negeri tersebut.

Tegasnya, Mohd Amar sepatutnya memberi lebih fokus kepada penyampaian manifesto Pas Kelantan dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Menurutnya, ia termasuk bagaimana menaik taraf Kelantan ke ‘Liga Super’ dan bukannya berbangga mengisytihar Kelantan selesa dalam ‘Liga Bawahan'.

"Beliau (Mohd Amar) mengheret Pahang kononnya berada sama di kancah Liga Bawahan itu juga.

"Tindakan ‘menepuk air di dulang’ ini amatlah dikesali kerana secara langsung mendedahkan kelemahan pentadbiran sendiri," katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya pada Selasa malam.

Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang itu menegaskan tidak berhasrat membuat perbandingan antara Kelantan dan Pahang.

Namun, beliau berkongsi lima perkara yang dicapai di Pahang dalam masa terdekat ini.

Fadzli berkata, antaranya, peningkatan kutipan hasil pendapatan negeri yang konsisten tahun demi tahun dan telah pun melepasi RM1 billion pada tahun 2022.

Tambahnya, Kerajaan Pahang juga berjaya menarik pelaburan bernilai melebihi RM20 bilion tahun lalu.

"Pengurangan hutang kerajaan negeri signifikan daripada RM3.31 bilion (sebelum tahun 2018) kepada RM952.21 juta setakat tahun 2022. (Ia termasuk) kejayaan penyaluran bantuan dan program kebajikan kepada rakyat berjumlah RM77.95 juta pada tahun sama.

"Yang terbaru, pada Jun lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyenaraikan Pahang di kedudukan negeri ketiga terbaik di Malaysia atas kejayaan merekodkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 10.8 peratus, iaitu selepas Pulau Pinang (13.1 peratus) dan Selangor (11.9 peratus)," katanya.

Fadzli mengakui tidak dapat membaca niat sebenar Mohd Amar yang dilihat cuba merendahkan kemajuan dicapai Negeri Pahang.

Namun katanya, statistik pencapaian di Pahang sudah menceritakan segala-galanya.

"Saya berharap agar permainan politik persepsi seperti ini dihentikan. Jika tidak tahu menari, janganlah dikatakan lantai jongkang-jongket.

"Setiap negeri ada keunikan masing-masing. Demografi berbeza, geografi juga berbeza. Menarilah mengikut rentak masing-masing. Di Pahang, kami menari ikut rentak Joget Pahang dan paling utama kedudukan 'liga' kita tidak sama.

"Fokuslah di Kelantan, jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran," katanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong itu.


Pada Isnin, Mohd Amar dalam satu laporan akhbar mengakui pembangunan Kelantan ketinggalan berbanding Kuala Lumpur (KL), Selangor dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, jika hendak banding pembangunan, ia perlu dibandingkan dengan negeri lain contohnya, Pahang dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pelbagai pihak yang mendakwa Kelantan yang diperintah oleh Pas selama 33 tahun tidak maju kerana kurang pembangunan berbanding KL, Selangor dan Pulau Pinang. #sumber



Demikianlah Artikel Tiada Keperluan bandingkan Kemajuan Pembangunan 'Kelantan' Dan 'Pahang' !

Sekianlah artikel Tiada Keperluan bandingkan Kemajuan Pembangunan 'Kelantan' Dan 'Pahang' ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Keperluan bandingkan Kemajuan Pembangunan 'Kelantan' Dan 'Pahang' ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/07/tiada-keperluan-bandingkan-kemajuan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tiada Keperluan bandingkan Kemajuan Pembangunan 'Kelantan' Dan 'Pahang' !"

Catat Ulasan

Loading...