Loading...

Penyokong PAS 'Gual Periok' Turunkan Bendera Tanda Protes Pemilihan Calon

Loading...
Penyokong PAS 'Gual Periok' Turunkan Bendera Tanda Protes Pemilihan Calon - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyokong PAS 'Gual Periok' Turunkan Bendera Tanda Protes Pemilihan Calon, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyokong PAS 'Gual Periok' Turunkan Bendera Tanda Protes Pemilihan Calon
link : Penyokong PAS 'Gual Periok' Turunkan Bendera Tanda Protes Pemilihan Calon

Baca juga


Penyokong PAS 'Gual Periok' Turunkan Bendera Tanda Protes Pemilihan Calon

RANTAU PANJANG: Lebih 5,000 bendera PAS yang dipasang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Periok, di sini, diturunkan sekumpulan penyokong parti susulan dakwaan penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Mohamad Awang, dilaporkan tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Penyokong PAS di DUN berkenaan, Abdullah Samad, 60, berkata mereka bertindak mencabut semula bendera yang sudah dipasang sebagai tanda protes kerana Mohamad Awang atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad dikatakan tidak tercalon.

Katanya, lebih mendukacitakan apabila dikhabarkan calon baharu itu bukan bermastautin di Rantau Panjang, malah tidak dikenali dalam kalangan pengundi DUN Gual Periok.

"Kami bukan tidak menerima calon baharu, tetapi biarlah yang sudah pernah memberi sumbangan kepada rakyat DUN ini atau sekurang-kurangnya menjadi penduduk Rantau Panjang yang tahu keadaan semasa di sini.

"Sebenarnya pemasangan bendera sudah dilakukan beberapa bulan awal oleh jentera PAS di kawasan ini, sebagai tanda sokongan penuh terhadap calon sedia ada.

"Malah, Ustaz Mad terbukti mendapat sokongan ramai dengan jumlah undian majoriti 2,500 pada PRN 2018 berbanding hanya 700 undian pada PRN 2013 dan ini terbukti menunjukkan peningkatan sokongan terhadapnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdullah berkata, pengundi di DUN berkenaan berharap Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dapat memastikan Ustaz Mad menjadi calon dalam pengumuman calon bertanding pada 27 Julai nanti.

Jelasnya, PAS bertahan di Parlimen itu selama tiga penggal juga adalah kerana kekuatan yang ada pada Ustaz Mad yang mendapat sokongan majoriti pengundi.

Bagi pengundi muda, Aishah Zakaria, 20, dia berpendapat bahawa Ustaz Mad adalah calon yang terbaik untuk menerajui PAS di DUN Gual Periok.

"Sebenarnya saya agak terkejut mendengar ura-ura beliau tidak bertanding memandangkan saya sendiri anak jati Rantau Panjang yang dibesarkan di bawah kepimpinan Ustaz Mad sebagai Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Gual Periok.

"Bagaimanapun, jika ditakdirkan calon baharu yang akan bertanding, semoga dapat berkhidmat kepada masyarakat di sini sebaiknya sebagai mana yang dilakukan penyandang selama ini," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Penyokong PAS 'Gual Periok' Turunkan Bendera Tanda Protes Pemilihan Calon

Sekianlah artikel Penyokong PAS 'Gual Periok' Turunkan Bendera Tanda Protes Pemilihan Calon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyokong PAS 'Gual Periok' Turunkan Bendera Tanda Protes Pemilihan Calon dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/07/penyokong-pas-gual-periok-turunkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Penyokong PAS 'Gual Periok' Turunkan Bendera Tanda Protes Pemilihan Calon"

Catat Ulasan

Loading...