Loading...

Tiga Maut, Sembilan Cedera Kemalangan Di KM 65 Jalan Pekan - Segamat Hari Ini

Loading...
Tiga Maut, Sembilan Cedera Kemalangan Di KM 65 Jalan Pekan - Segamat Hari Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiga Maut, Sembilan Cedera Kemalangan Di KM 65 Jalan Pekan - Segamat Hari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga Maut, Sembilan Cedera Kemalangan Di KM 65 Jalan Pekan - Segamat Hari Ini
link : Tiga Maut, Sembilan Cedera Kemalangan Di KM 65 Jalan Pekan - Segamat Hari Ini

Baca juga


Tiga Maut, Sembilan Cedera Kemalangan Di KM 65 Jalan Pekan - Segamat Hari Ini

KUANTAN: Tiga termasuk dua warga emas maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat, Pekan, dekat sini, hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Ayub Zakaria, 66; Podziah Daharun, 65, dan Muhammad Azrin Ahmad Nazri, 19. Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sembilan lagi mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan lanjut di Hospital Pekan. Setakat ini identiti mereka semua belum diperoleh.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin, berkata berdasarkan laporan, kemalangan kira-kira jam 11.20 pagi dan membabitkan PERODUA Alza dan Myvi serta Toyota Vios.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika PERODUA Alza sedang dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Kuantan.

"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan PERODUA Myvi.

"Myvi itu kemudiannya dilanggar pada bahagian sebelah kanan oleh Toyota Vios yang datang dari arah Segamat.

"Kemalangan itu menyebabkan pemandu Vios, Ayub dan penumpang Vios, Podziah dan penumpang Myvi, Muhammad Azrin meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata, siasatan pihaknya mendapati tiga individu menaiki Alza manakala Myvi pula dinaiki lima individu dan Vios (empat).

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata 13 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chini dan Pekan dikejarkan ke lokasi kemalangan.

"Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Tiga Maut, Sembilan Cedera Kemalangan Di KM 65 Jalan Pekan - Segamat Hari Ini

Sekianlah artikel Tiga Maut, Sembilan Cedera Kemalangan Di KM 65 Jalan Pekan - Segamat Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiga Maut, Sembilan Cedera Kemalangan Di KM 65 Jalan Pekan - Segamat Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/07/tiga-maut-sembilan-cedera-kemalangan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tiga Maut, Sembilan Cedera Kemalangan Di KM 65 Jalan Pekan - Segamat Hari Ini"

Catat Ulasan

Loading...