Loading...

Sudah Tiba Masa 'Sistem Pilihan Raya' Di Malaysia Perlu Berubah Ke Arah e-Voting

Loading...
Sudah Tiba Masa 'Sistem Pilihan Raya' Di Malaysia Perlu Berubah Ke Arah e-Voting - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sudah Tiba Masa 'Sistem Pilihan Raya' Di Malaysia Perlu Berubah Ke Arah e-Voting, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sudah Tiba Masa 'Sistem Pilihan Raya' Di Malaysia Perlu Berubah Ke Arah e-Voting
link : Sudah Tiba Masa 'Sistem Pilihan Raya' Di Malaysia Perlu Berubah Ke Arah e-Voting

Baca juga


Sudah Tiba Masa 'Sistem Pilihan Raya' Di Malaysia Perlu Berubah Ke Arah e-Voting

KUANTAN: Sudah sampai masanya negara melakukan pembaharuan segera dalam sistem pilihan raya dengan melaksanakan proses mengundi secara elektronik atau secara dalam talian (e-voting).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, e-voting sudah dilaksanakan di beberapa buah negara lebih 20 tahun lalu antaranya Australia, Belgium, Brazil, Estonia, Perancis, Jerman, India, Itali, Namibia, Belanda, Norway, Peru dan Switzerland.

“Apabila kita bercakap tentang sistem secara dalam talian ini, saya percaya majoriti rakyat sudah dibiasakan melakukan semua benda secara dalam talian seperti membayar bil utiliti, memperbaharui insurans kenderaan, membayar saman, membeli belah, melakukan urusan perbankan dan membayar zakat fitrah kesemuanya di hujung jari.

“Jadi untuk melaksanakan proses pembuangan undi secara dalam talian pun bukanlah suatu yang mustahil. Jika selama ini kita percaya dengan keselamatan transaksi perbankan secara dalam talian melibatkan ribuan ringgit, mengapa kita tidak boleh mempunyai sistem yang selamat untuk menghantar satu undi dari satu rakyat ketika pilihan raya,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Sharkar berkata, tidak menjadi halangan besar untuk negara melaksanakan proses mengundi secara e-voting menerusi kewujudan pelbagai jenis teknologi moden pada masa kini termasuk capaian internet isi rumah yang meningkat kepada 96 peratus pada 2022 menerusi kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Beliau berkata, melalui e-voting, proses pengundian akan menjadi lebih fleksibel terutama pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Pengundi boleh mengundi di mana sahaja mereka berada kerana sistem pengundian sekarang memakan banyak perbelanjaan, tenaga dan masa serta komitmen tambahan.

“Tiada lagi isu perlu keluar dari rumah untuk membuang undi. Jika banjir sekalipun, undian masih boleh dilakukan. Halangan kos untuk pulang ke kampung untuk mengundi juga tidak lagi akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata, negara tidak boleh berterusan melaksanakan proses undi mengikut cara lama dengan bersusah payah pergi ke tempat mengundi, beratur panjang menunggu giliran demi menunaikan tanggungjawab kepada negara.

“Biarpun terdapat banyak perbahasan tentang tahap keberkesanan proses mengundi secara e-voting, namun ia boleh membawa banyak faedah dan manfaat kepada negara dan rakyat.

“Ia antara lain mengurangkan jumlah kesilapan atau kerosakan yang berlaku pada kertas undi, selain dapat meningkatkan jumlah pengundi kerana ia boleh dilakukan di mana-mana lokasi,” katanya.

Oleh itu beliau berkata, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan kajian mendalam terhadap cadangan ini bagi membolehkan proses mengundi secara e-voting dapat dilaksanakan pada PRU16 akan datang. #sumber



Demikianlah Artikel Sudah Tiba Masa 'Sistem Pilihan Raya' Di Malaysia Perlu Berubah Ke Arah e-Voting

Sekianlah artikel Sudah Tiba Masa 'Sistem Pilihan Raya' Di Malaysia Perlu Berubah Ke Arah e-Voting kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sudah Tiba Masa 'Sistem Pilihan Raya' Di Malaysia Perlu Berubah Ke Arah e-Voting dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/07/sudah-tiba-masa-sistem-pilihan-raya-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sudah Tiba Masa 'Sistem Pilihan Raya' Di Malaysia Perlu Berubah Ke Arah e-Voting"

Catat Ulasan

Loading...