Loading...

UPNP Pahang Barat Bertindak Terhadap Pemindahan 'Bahan Batuan' Tidak Sah !

Loading...
UPNP Pahang Barat Bertindak Terhadap Pemindahan 'Bahan Batuan' Tidak Sah ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UPNP Pahang Barat Bertindak Terhadap Pemindahan 'Bahan Batuan' Tidak Sah !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UPNP Pahang Barat Bertindak Terhadap Pemindahan 'Bahan Batuan' Tidak Sah !
link : UPNP Pahang Barat Bertindak Terhadap Pemindahan 'Bahan Batuan' Tidak Sah !

Baca juga


UPNP Pahang Barat Bertindak Terhadap Pemindahan 'Bahan Batuan' Tidak Sah !


KUANTAN: Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) Zon Pahang Barat telah mengambil tindakan terhadap satu aktiviti pemindahan bahan batuan dipercayai tanah merah secara tidak sah di satu lot tanah di Kampung Bukit Pampong, Raub pada Sabtu.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, pegawai UPNP telah terlihat aktiviti tersebut.

"Pegawai terbabit seterusnya melakukan intipan di mana mereka mendapati sebuah jengkaut sedang memunggah tanah dan mengisi ke dalam sebuah lori angkut tiga tan.

"Lori tersebut kemudiannya keluar dari kawasan tanah diambil dan menghala keluar ke jalan.

"Pegawai UPNP telah bertindak menahan lori tersebut dan seterusnya meminta pemandu lori itu menunjukkan sebarang dokumen atau permit kelulusan berkenaan kerja yang dilakukan, namun gagal," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook pada Sabtu.

Beliau berkata, seorang lelaki telah bertemu dengan Pegawai UPNP dan menyatakan dia adalah pemilik lot kawasan tanah dihantar.

"Lelaki terbabit mengaku kerja-kerja pemindahan bahan batuan itu adalah atas tanggungjawabnya.

"Pegawai UPNP kemudiannya telah meminta sebarang dokumen atau permit kelulusan berkenaan kerja yang dilakukan, namun pemilik tanah tersebut gagal berbuat demikian," jelasnya.

Wan Rosdy berkata, pegawai penguatkuasa telah mengambil tindakan dengan merampas sebuah jengkaut dan sebuah lori angkut tiga tan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965 iaitu pencabutan atau pemindahan bahan batuan secara tak sah.

"Saya menasihati mana-mana pemilik tanah yang ingin melakukan pemindahan bahan batuan supaya mendapatkan maklumat dan nasihat terlebih dahulu daripada Pejabat Daerah dan Tanah.

"Ini kerana kemungkinan apa yang kita lakukan ini adalah menjadi satu kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara 1965," ujarnya. #sumber



Demikianlah Artikel UPNP Pahang Barat Bertindak Terhadap Pemindahan 'Bahan Batuan' Tidak Sah !

Sekianlah artikel UPNP Pahang Barat Bertindak Terhadap Pemindahan 'Bahan Batuan' Tidak Sah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UPNP Pahang Barat Bertindak Terhadap Pemindahan 'Bahan Batuan' Tidak Sah ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/07/upnp-pahang-barat-bertindak-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "UPNP Pahang Barat Bertindak Terhadap Pemindahan 'Bahan Batuan' Tidak Sah !"

Catat Ulasan

Loading...