Loading...

Kerajaan Tak Teruskan Projek Pembinaan Lapangan Terbang Baru Di Pulau Tioman !

Loading...
Kerajaan Tak Teruskan Projek Pembinaan Lapangan Terbang Baru Di Pulau Tioman ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Tak Teruskan Projek Pembinaan Lapangan Terbang Baru Di Pulau Tioman !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Tak Teruskan Projek Pembinaan Lapangan Terbang Baru Di Pulau Tioman !
link : Kerajaan Tak Teruskan Projek Pembinaan Lapangan Terbang Baru Di Pulau Tioman !

Baca juga


Kerajaan Tak Teruskan Projek Pembinaan Lapangan Terbang Baru Di Pulau Tioman !

PUTRAJAYA: Kabinet memutuskan untuk tidak meneruskan rancangan pembinaan lapangan terbang baru di Pulau Tioman, yang mana 76 peratus tapak projek, atau 65.77 hektar, akan melibatkan tanah tambak.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keputusan tu selari dengan misi kementerian yang mengutamakan pemeliharaan, pemuliharaan dan penggunaan sumber asli dan alam sekitar secara optimum dan bertanggungjawab.

Dia berkata 1,412 maklum balas awam telah diterima berhubung laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) projek itu, yang dipamerkan bermula 21 Jun hingga 21 Julai lalu.

"Susulan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA (EIATRC) yang telah diadakan pada 9 Ogos 2023, kementerian mendapati cadangan lapangan terbang baru berpotensi untuk memberikan impak negatif yang sangat ketara kepada kualiti alam sekitar khususnya kepada penerima sensitif (sensitive receptor) di sekitar Pulau Tioman termasuklah ekologi marin sekiranya diteruskan.

"Walaupun hasrat pembinaan lapangan terbang baru adalah untuk menarik lebih ramai pelancong, pembinaan lapangan terbang baru tersebut akan merosakkan tarikan semula jadi Pulau Tioman yang akan membawa kepada pelancongan yang tidak mampan," katanya dalam kenyataan semalam. 

Dia berkata Pulau Tioman adalah kawasan perlindungan marin selain menempatkan hutan hujan asli, serta menjadi rizab hidupan liar.

"Keputusan ini juga secara tidak langsung mencerminkan usaha kerajaan dalam mengimbangi kepesatan pembangunan dengan kelestarian alam sekitar demi mencapai kemampanan dan menjamin kesejahteraan negara," katanya lagi.

Projek pembinaan lapangan terbang baru itu mula disuarakan sejak akhir 2000an. Ia dicadangkan oleh sebuah usaha sama antara Tioman Hill Resort Sdn Bhd milik Berjaya Group dan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan kerabat diraja Pahang.

Beberapa tahun kebelakangan ini, projek itu dimasukkan dalam beberapa rancangan pembangunan pusat dan negeri. Namun, laporan EIA projek hanya siap awal tahun ini.

Jika projek itu diteruskan, ia akan menyebabkan perubahan drastik sempadan taman marin Tioman dan menjejaskan kehidupan mereka yang tinggal di dua kampung berdekatan lapangan terbang. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Tak Teruskan Projek Pembinaan Lapangan Terbang Baru Di Pulau Tioman !

Sekianlah artikel Kerajaan Tak Teruskan Projek Pembinaan Lapangan Terbang Baru Di Pulau Tioman ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Tak Teruskan Projek Pembinaan Lapangan Terbang Baru Di Pulau Tioman ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/08/kerajaan-tak-teruskan-projek-pembinaan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Tak Teruskan Projek Pembinaan Lapangan Terbang Baru Di Pulau Tioman !"

Catat Ulasan

Loading...