Loading...

Lelaki Di Denda 'RM200,000', Gara-Gara Duduki Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran

Loading...
Lelaki Di Denda 'RM200,000', Gara-Gara Duduki Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Di Denda 'RM200,000', Gara-Gara Duduki Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Di Denda 'RM200,000', Gara-Gara Duduki Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran
link : Lelaki Di Denda 'RM200,000', Gara-Gara Duduki Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran

Baca juga


Lelaki Di Denda 'RM200,000', Gara-Gara Duduki Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran

KUANTAN: Seorang penyelia sebuah syarikat perlombongan didenda RM200,000 selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas dua pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran sah pada Februari dan April lalu.

Tertuduh, Saharudin Sa'ya, 50, turut berdepan hukuman enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda RM100,000 bagi setiap pertuduhan yang diperintahkan Hakim, Azman Mustapha.

Sementara itu, tujuh jentera termasuk jengkaut dan lori yang disita di lokasi dilucutkan hak di bawah Seksyen 426C (3) Kanun Tanah Negara 1965.

Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Pengarah Pendakwa raya Negeri Pahang, Shahrizat Ismail, tertuduh didakwa menduduki tanah berasingan yang terletak bersebelahan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (Amsas), Kampung Sungai Ular di sini, pada 13 Februari dan 5 April lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara 1965 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes dikemukakan, pegawai penguat kuasa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang telah membuat pemantauan di lokasi itu dan memeriksa jentera termasuk lori membawa muatan disyaki pasir silika yang berada di kawasan tersebut.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara bagi mengenal pasti sama ada tanah yang diduduki itu tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan.

Bagaimanapun, hasil semakan agensi berkaitan mendapati tiada sebarang kelulusan atau kebenaran diberikan untuk menduduki kawasan itu.

Siasatan ke atas pemandu jentera mendapati mereka menjalankan kerja-kerja pemindahan pasir silika di kawasan itu atas arahan tertuduh.

Sebelum itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah mempertimbangkan jumlah denda yang paling minimum ke atasnya.

Alasannya, dia hanya bekerja di syarikat tersebut dan selepas ditahan dia tidak bekerja hingga hilang sumber pendapatan untuk menyara keluarga.

Pada masa sama, dia juga merayu agar jentera yang disita dikembalikan memandangkan ia disewa dan perlu dikembalikan kepada pemiliknya.

Bagaimanapun pihak pendakwaan dalam hujahnya memohon hukuman yang setimpal ke atas tertuduh sebagai pengajaran memandangkan kesalahan itu berlaku dua kali di lokasi berdekatan.

Shahrizat berkata, perbuatan itu satu kesalahan serius kerana merugikan kerajaan negeri selain boleh merosakkan alam sekitar. #sumber



Demikianlah Artikel Lelaki Di Denda 'RM200,000', Gara-Gara Duduki Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran

Sekianlah artikel Lelaki Di Denda 'RM200,000', Gara-Gara Duduki Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Di Denda 'RM200,000', Gara-Gara Duduki Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/08/lelaki-di-denda-rm200000-gara-gara.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lelaki Di Denda 'RM200,000', Gara-Gara Duduki Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran"

Catat Ulasan

Loading...