Loading...

Selepas P. Ramasamy, Bekas ADUN Sabai Di Pahang Pula Turut Umum Keluar DAP !

Loading...
Selepas P. Ramasamy, Bekas ADUN Sabai Di Pahang Pula Turut Umum Keluar DAP ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selepas P. Ramasamy, Bekas ADUN Sabai Di Pahang Pula Turut Umum Keluar DAP !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas P. Ramasamy, Bekas ADUN Sabai Di Pahang Pula Turut Umum Keluar DAP !
link : Selepas P. Ramasamy, Bekas ADUN Sabai Di Pahang Pula Turut Umum Keluar DAP !

Baca juga


Selepas P. Ramasamy, Bekas ADUN Sabai Di Pahang Pula Turut Umum Keluar DAP !

KUANTAN: Selepas bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, mengumumkan keluar DAP, seorang bekas ADUN turut mengambil langkah sama.

Kali ini, bekas wakil rakyat Sabai di Pahang, D Kamache, mengesahkan tidak lagi dapat bersama dengan DAP mulai semalam.

"Saya telah menyerahkan surat keluar DAP kepada Setiausaha Agung parti (Anthony Loke) semalam," katanya. 

Pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabai selama dua penggal Kamache berkata ia adalah satu keputusan yang sangat sukar baginya namun bertekad melangkah jauh dari DAP kerana terpaksa.

"Bagi saya, DAP hari ini bukan lagi parti yang sama seperti ketika saya menyertainya dulu.

"Tiada tempat dalam pemimpin India yang bersuara dalam DAP," katanya.

Semalam Kamache menyerahkan surat meninggalkan DAP kerana berkempen untuk seorang lagi bekas ADUN parti itu yang tidak dicalonkan, M Satees.

Bekas ADUN Bagan Dalam itu menyertai pilihan raya negeri (PRN) di Pulau Pinang sebagai calon bebas.

Kata Kamache dia masih tidak faham logik yang digunakan pucuk pimpinan DAP semasa menggugurkan Satees daripada bertanding iaitu dengan alasan mahu meremajakan parti.

"Satees berusia 38 tahun dan calon digantinya adalah Kumaran Krishnan berusia 45 tahun.

"Saya tidak faham logik ini. Dan sehingga kini pemimpin DAP termasuk Loke tidak menjelaskan kekeliruan ini.

"Sebagai ahli DAP saya boleh dipecat jika berkempen untuk calon bebas. Jadi, saya mengambil keputusan keluar parti kerana saya sedang berkempen untuk Satees," katanya.

Tambah Kamache, dia tetap berterima kasih kepada DAP kerana memberi peluang kepadanya untuk bertanding di DUN Sabai sebanyak empat kali. #sumber



Demikianlah Artikel Selepas P. Ramasamy, Bekas ADUN Sabai Di Pahang Pula Turut Umum Keluar DAP !

Sekianlah artikel Selepas P. Ramasamy, Bekas ADUN Sabai Di Pahang Pula Turut Umum Keluar DAP ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selepas P. Ramasamy, Bekas ADUN Sabai Di Pahang Pula Turut Umum Keluar DAP ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/08/selepas-p-ramasamy-bekas-adun-sabai-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Selepas P. Ramasamy, Bekas ADUN Sabai Di Pahang Pula Turut Umum Keluar DAP !"

Catat Ulasan

Loading...