Loading...

Balu JJ, Anak-Anak Serta Ibu Mentuanya 'Gagal Sepakat' Harta Lebih RM2 Bilion !

Loading...
Balu JJ, Anak-Anak Serta Ibu Mentuanya 'Gagal Sepakat' Harta Lebih RM2 Bilion ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Balu JJ, Anak-Anak Serta Ibu Mentuanya 'Gagal Sepakat' Harta Lebih RM2 Bilion !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Balu JJ, Anak-Anak Serta Ibu Mentuanya 'Gagal Sepakat' Harta Lebih RM2 Bilion !
link : Balu JJ, Anak-Anak Serta Ibu Mentuanya 'Gagal Sepakat' Harta Lebih RM2 Bilion !

Baca juga


Balu JJ, Anak-Anak Serta Ibu Mentuanya 'Gagal Sepakat' Harta Lebih RM2 Bilion !

KUALA LUMPUR: Balu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail dan empat anak serta ibu mentuanya, gagal mencapai persetujuan dalam tuntutan harta sepencarian berjumlah lebih RM2 bilion.

Tuntutan harta sepencarian itu difailkan Kalsom selaku plaintif terhadap empat anaknya, Ikwan Hafiz, Nur Anis, Nurul Alyaa dan Noor Adilla serta ibu mentuanya, Aminah Abdullah yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga kelima.

Peguam, Nur Hidayah A Bakar, yang mewakili Aminah, ketika ditemui selepas prosiding hari ini berkata, Hakim Syarie Abdul Shukor Abd Hamid memutuskan supaya kes itu diteruskan dengan perbicaraan berikutan kedua-dua belah pihak gagal mencapai persetujuan.

Hidayah berkata, keputusan berkenaan dibacakan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi yang kemudian menetapkan sebutan kes pada 9 Oktober ini.

Kalsom, 67, memfailkan tuntutan harta sepencarian termasuk 20 hartanah di Malaysia dan Makkah serta beberapa syarikat pada Oktober 2018, dengan menamakan empat anak serta ibu mentuanya sebagai defendan.

Pada 4 April 2015, Jamaluddin, yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, ketika itu berusia 64 tahun, bersama lima lagi maut apabila helikopter yang mereka naiki dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada jam 4.55 petang.

Turut maut juruterbangnya Kapten Clifford William Fournier, Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pegawai peribadi Jamaluddin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. #sumber



Demikianlah Artikel Balu JJ, Anak-Anak Serta Ibu Mentuanya 'Gagal Sepakat' Harta Lebih RM2 Bilion !

Sekianlah artikel Balu JJ, Anak-Anak Serta Ibu Mentuanya 'Gagal Sepakat' Harta Lebih RM2 Bilion ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Balu JJ, Anak-Anak Serta Ibu Mentuanya 'Gagal Sepakat' Harta Lebih RM2 Bilion ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/09/balu-jj-anak-anak-serta-ibu-mentuanya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Balu JJ, Anak-Anak Serta Ibu Mentuanya 'Gagal Sepakat' Harta Lebih RM2 Bilion !"

Catat Ulasan

Loading...