Loading...

Konvoi Tiga Sahabat Bertukar Menjadi Tragedi, Motosikal Di Langgar Kereta !

Loading...
Konvoi Tiga Sahabat Bertukar Menjadi Tragedi, Motosikal Di Langgar Kereta ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Konvoi Tiga Sahabat Bertukar Menjadi Tragedi, Motosikal Di Langgar Kereta !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Konvoi Tiga Sahabat Bertukar Menjadi Tragedi, Motosikal Di Langgar Kereta !
link : Konvoi Tiga Sahabat Bertukar Menjadi Tragedi, Motosikal Di Langgar Kereta !

Baca juga


Konvoi Tiga Sahabat Bertukar Menjadi Tragedi, Motosikal Di Langgar Kereta !


MARAN: Konvoi tiga sahabat yang pulang selepas makan ikan patin Temerloh bertukar tragedi apabila kesemuanya maut setelah motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta di jalan besar Felda Jengka 17 di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, kemalangan melibatkan tiga motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan kereta jenis Peugeot.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Norzamri Abd Rahman berkata, ketiga-tiga mangsa iaitu Fadhil Syah Sulaiman,19, Muhammad Firdaus Zainal Abidin, 20, masing-masing beralamat Felda Lepar Utara 1 dan Mohd Ridhwan Mahayadin, 35, beralamat Felda Jengka 17 meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 51 tahun dari arah Bandar Pusat Jengka menghala ke Temerloh, manakala ketiga-tiga penunggang motosikal dari arah Temerloh menghala ke Bandar Pusat Jengka.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu kereta itu telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan ketiga-tiga penunggang motosikal tersebut.

"Akibat pertembungan itu, kesemua penunggang meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Jengka untuk tujuan bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Norzamri berkata, pemandu kereta terbabit mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Tambah beliau, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu kereta yang gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mengesan saksi-saksi bagi membantu siasatan," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Konvoi Tiga Sahabat Bertukar Menjadi Tragedi, Motosikal Di Langgar Kereta !

Sekianlah artikel Konvoi Tiga Sahabat Bertukar Menjadi Tragedi, Motosikal Di Langgar Kereta ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Konvoi Tiga Sahabat Bertukar Menjadi Tragedi, Motosikal Di Langgar Kereta ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/09/konvoi-tiga-sahabat-bertukar-menjadi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Konvoi Tiga Sahabat Bertukar Menjadi Tragedi, Motosikal Di Langgar Kereta !"

Catat Ulasan

Loading...