Loading...

DAP Akan Kerah Jentera, Pastikan Calon PH-BN 'Memenangi' PRK DUN Pelangai !

Loading...
DAP Akan Kerah Jentera, Pastikan Calon PH-BN 'Memenangi' PRK DUN Pelangai ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP Akan Kerah Jentera, Pastikan Calon PH-BN 'Memenangi' PRK DUN Pelangai !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP Akan Kerah Jentera, Pastikan Calon PH-BN 'Memenangi' PRK DUN Pelangai !
link : DAP Akan Kerah Jentera, Pastikan Calon PH-BN 'Memenangi' PRK DUN Pelangai !

Baca juga


DAP Akan Kerah Jentera, Pastikan Calon PH-BN 'Memenangi' PRK DUN Pelangai !

 

PUTRAJAYA: DAP akan mengerahkan seluruh jenteranya membantu kemenangan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, di Bentong, Pahang pada 7 Oktober depan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata komitmen itu bersandarkan semangat bersama, selain membalas komitmen sama ditunjukkan jentera BN yang membantu kemenangan calon PH di dua PRK di Johor, baru-baru ini.

"Kemenangan ini (PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor) satu suntikan keyakinan kepada Kerajaan Perpaduan dan sudah tentu kita akan bawa semangat ini ke PRK DUN Pelangai nanti.

"Kita nampak kesungguhan jentera di Johor untuk memenangkan calon PH. Ia satu formula kejayaan, sudah tentu apabila sampai ke DUN Pelangai nanti, giliran PH pula berkempen untuk calon UMNO dan BN.

"Kebetulan DUN Pelangai itu dalam Parlimen Bentong, yang diwakili DAP. Jadi sudah tentu DAP akan mengerahkan jentera kita untuk menumpukan perhatian di DUN Pelangai yang kita ada sokongan dan pengaruh besar seperti di Telemung dan beberapa kawasan kampung baharu yang lain. Itu strategi kita.

"Saya yakin DUN Pelangai juga kubu kuat UMNO selama ini. Kerusi mantan Menteri Besar dan UMNO menang selesa pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu," katanya pada sidang media selepas Persidangan Parti DAP 2023 di sini, kelmarin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan PRK DUN Pelangai pada 7 Oktober ini dengan 23 September sebagai hari penamaan calon.

Kerusi DUN Pelangai diisytiharkan kosong apabila penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia selepas terbabit dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, yang turut mengorbankan sembilan individu lain.

Loke yakin dengan semangat dan kerjasama semua parti dalam Kerajaan Perpaduan, kemenangan diperoleh PH-BN akan berterusan di DUN Pelangai .

"Rakyat tidak mahu melihat politik berpecah, apa yang mereka mahu ialah kestabilan politik supaya kerajaan ada fokus. Kestabilan politik sangat penting ketika ini," katanya.

Mengulas lanjut, Loke berkata, keputusan PRK DUN Simpang Jeram juga membuktikan rakyat di Johor mahukan pimpinan Menteri Besar sedia ada dikekalkan dan diteruskan.

Menyentuh pendirian MUDA terhadap Kerajaan Perpaduan sejak akhir-akhir ini, Loke mengingatkan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa kemenangan parti itu di Parlimen Muar sebelum ini, dicapai atas sokongan daripada pengundi PH.

"Saya kena ingatkan Syed Saddiq, di Parlimen Muar, dia menang sebab mereka ada persefahaman dengan PH. Kita tak letak calon di sana. DAP sokong dan kempen kepada mereka, ia bukan kemenangan peribadi Syed Saddiq di Muar.

"Jadi, jangan lupa kemenangan dia di Muar atas persefahaman politik dengan PH. Kita beri enam kerusi kepada MUDA, tanpa ada pertandingan. Dia menang ketika itu atas blok PH walaupun dia tak bertanding atas logo PH," katanya.

"Saya rasa kita kena bagi kredit kepadanya (Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi). Dalam kajian kita, dia mempunyai tahap sokongan yang cukup tinggi daripada pengundi. Ini satu manifestasi kepada kepimpinan beliau," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel DAP Akan Kerah Jentera, Pastikan Calon PH-BN 'Memenangi' PRK DUN Pelangai !

Sekianlah artikel DAP Akan Kerah Jentera, Pastikan Calon PH-BN 'Memenangi' PRK DUN Pelangai ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP Akan Kerah Jentera, Pastikan Calon PH-BN 'Memenangi' PRK DUN Pelangai ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/09/dap-akan-kerah-jentera-pastikan-calon.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "DAP Akan Kerah Jentera, Pastikan Calon PH-BN 'Memenangi' PRK DUN Pelangai !"

Catat Ulasan

Loading...