Loading...

Berdasarkan Laporan, Sokongan Kepada BN Di PRK Pelangai Belum Memuaskan !

Loading...
Berdasarkan Laporan, Sokongan Kepada BN Di PRK Pelangai Belum Memuaskan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berdasarkan Laporan, Sokongan Kepada BN Di PRK Pelangai Belum Memuaskan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berdasarkan Laporan, Sokongan Kepada BN Di PRK Pelangai Belum Memuaskan !
link : Berdasarkan Laporan, Sokongan Kepada BN Di PRK Pelangai Belum Memuaskan !

Baca juga


Berdasarkan Laporan, Sokongan Kepada BN Di PRK Pelangai Belum Memuaskan !

 

BENTONG: Berdasarkan laporan yang diterima sokongan pengundi di Pelangai pada masa ini masih belum memihak kepada BN, kata Pengarah Pilihan Raya, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail.

Tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan itu sekadar perang saraf untuk memastikan jentera BN bekerja lebih keras, namun Menteri Besar Pahang itu berkata sokongan kepada BN "belum memuaskan lagi".

"...Selaku pengarah pilihan raya saya mendapat banyak laporan dan laporan yang saya terima hari ini masih tidak memihak kepada kita.

"Setakat hari ini keadaan tidak begitu memuaskan lagi. Atas kertas memang bersama dengan kita. Tetapi politik ini dia sangat anjal.

"Kalau ada kesilapan atau kita kurang bekerja ataupun kita rileks sangat akan beralih sokongan kepada orang lain," katanya kepada jentera BN di Kampung Jawi Jawi dekat sini semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman dan calon BN, Dato' Amizar Abu Adam.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya Johari Harun dalam nahas pesawat ringan yang di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Okt sebagai hari pengundian bagi memilih wakil rakyat baru kawasan itu.

Pilihan raya kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, PN dan BEBAS.

Pada pilihan raya umum lalu Allahyarham Johari memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan Kasim yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).

Yakin pengundi bukan Melayu akan undi BN

Sementara itu Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO berharap calon BN dapat memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti lebih tinggi.

Katanya, majoriti yang dicapai sebelum ini ketika BN bergerak sendirian dan kini parti bersama Pakatan Harapan (PH).

Tambahnya lagi, dia yakin sokongan pengundi bukan Melayu lebih 4,000 di Pelangai akan memihak kepada BN.

"Saya sangat yakin pengundi bukan Melayu, Cina dan India ada lebih 4,000 mereka ini akan mengundi kita.

"Tetapi apa persoalannya... persoalannya kemungkinan mereka tidak keluar dan ada daripada (mereka) di luar Pelangai, itu masalah dia. #sumber

"Apa kita nak buat? Kita kena pergilah, kita kena cari jalan nak keluarkan mereka," katanya.

Wan Rosdy berkata dia sendiri akan bergerak untuk membawa keluar pengundi pada 7 Oktober nanti. #sumber



Demikianlah Artikel Berdasarkan Laporan, Sokongan Kepada BN Di PRK Pelangai Belum Memuaskan !

Sekianlah artikel Berdasarkan Laporan, Sokongan Kepada BN Di PRK Pelangai Belum Memuaskan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Berdasarkan Laporan, Sokongan Kepada BN Di PRK Pelangai Belum Memuaskan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/09/berdasarkan-laporan-sokongan-kepada-bn.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Berdasarkan Laporan, Sokongan Kepada BN Di PRK Pelangai Belum Memuaskan !"

Catat Ulasan

Loading...