Judul : Raja Atau Mufti Perlu 'Keluarkan' Fatwa Larang Ahli Politik Petik Ayat Al-Quran !
link : Raja Atau Mufti Perlu 'Keluarkan' Fatwa Larang Ahli Politik Petik Ayat Al-Quran !
Raja Atau Mufti Perlu 'Keluarkan' Fatwa Larang Ahli Politik Petik Ayat Al-Quran !
PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP mencadangkan raja atau mufti mengeluarkan fatwa melarang ahli politik memetik ayat al-Quran demi kepentingan politik susulan kontroversi berkait Howard Lee.
Timbalan Setiausaha Agung DAP Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata larangan itu perlu bagi menghalang ahli politik menggunakan kitab suci umat Islam menyerang musuh mereka.
Katanya, al-Quran digunakan pelbagai parti sebagai senjata politik demi kepentingan agenda peribadi masing-masing.
“Al-Quran sepatutnya digunakan untuk menyatukan Muslim. Bagaimanapun, ayat sucinya ditafsir mengikut selera ahli politik yang mana memecahkan masyarakat,” katanya.
Beliau bagaimanapun mempertahankan Lee selepas Ahli Parlimen Ipoh Timur daripada tuduhan membuat tafsiran sendiri melibatkan ayat al-Quran dalam video TikTok yang tular, minggu lalu.
Tengku Zulpuri berkata, Lee tidak memberi tafsiran sendiri berhubung petikan ayat selepas beliau menonton video tersebut.
Pada Selasa, Lee yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, memohon maaf secara terbuka kerana menggunakan petikan al-Quran bagi menyeru Muslim menyokong kerajaan hari ini.
Permohonan maaf itu dibuat selepas Lee dipanggil memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan susulan laporan dibuat Jalinan Bersatu Sahabat, sebuah pertubuhan Perak.
Presidennya, Amiruddin Daud menuduh Lee menghina Muslim kerana membuat tafsiran sendiri berkait ayat al-Quran.
James Chin dari University of Tasmania, berkata ada ahli politik bukan Muslim memetik ayat al-Quran untuk berhubungan dengan orang Melayu.
Katanya, walaupun mereka bukan Muslim, ahli politik cuba memaparkan mereka juga berminat dengan Islam.
“Saya rasa sebab amalan itu dibuat kerana semua parti utama Melayu terutama PAS menggunakan Islam untuk mewajarkan kedudukan politik mereka.
“Mereka (ahli politik bukan Muslim) mahu menunjukkan mereka cuba ingin belajar tentang Islam. Ini tidak lain untuk cuba berhubungan dengan orang Melayu di bawah,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Raja Atau Mufti Perlu 'Keluarkan' Fatwa Larang Ahli Politik Petik Ayat Al-Quran !
Anda sekarang membaca artikel Raja Atau Mufti Perlu 'Keluarkan' Fatwa Larang Ahli Politik Petik Ayat Al-Quran ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/09/raja-atau-mufti-perlu-keluarkan-fatwa.html
0 Response to "Raja Atau Mufti Perlu 'Keluarkan' Fatwa Larang Ahli Politik Petik Ayat Al-Quran !"
Catat Ulasan