Loading...

Hasrat Tanding Bebas PRK DUN Pelangai, Haslihelmy Sedia 'Di Pecat' Oleh UMNO !

Loading...
Hasrat Tanding Bebas PRK DUN Pelangai, Haslihelmy Sedia 'Di Pecat' Oleh UMNO ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hasrat Tanding Bebas PRK DUN Pelangai, Haslihelmy Sedia 'Di Pecat' Oleh UMNO !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hasrat Tanding Bebas PRK DUN Pelangai, Haslihelmy Sedia 'Di Pecat' Oleh UMNO !
link : Hasrat Tanding Bebas PRK DUN Pelangai, Haslihelmy Sedia 'Di Pecat' Oleh UMNO !

Baca juga


Hasrat Tanding Bebas PRK DUN Pelangai, Haslihelmy Sedia 'Di Pecat' Oleh UMNO !

 

BENTONG: Ahli perniagaan, Haslihelmy DM Zulhasli, sedia bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sebagai calon Bebas walaupun berdepan kemungkinan dipecat daripada UMNO.

Ahli UMNO Kampung Sum-Sum berusia 36 tahun itu berkata, beliau menghadiri taklimat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam dan calon Perikatan Nasional (PN), di Pejabat Daerah dan Tanah Bentong, semalam.

"Saya hadir ketika taklimat SPR bersama dua lagi calon yang juga rakan saya.

"Sebagai calon Bebas, saya ditawarkan beberapa simbol untuk digunakan sepanjang kempen dan saya akan membuat keputusan selepas proses penamaan calon esok.

Apabila kertas pencalonan saya diterima esok, saya mungkin dipecat daripada UMNO tetapi saya tidak ada isu mengenainya.

"Saya sedar dan bersedia menanggung akibat daripada tindakan itu. Saya mempunyai kumpulan penyokong sendiri yang terdiri daripada penduduk tempatan termasuk pencadang dan penyokong," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengenai keputusan bertanding, Haslihelmy yang juga Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang berkata, ia dilakukan bagi memastikan suara rakyat terutama generasi muda di Pelangai didengar.

"Bertanding sebagai calon Bebas adalah pendekatan terbaik. Ada beberapa orang cuba memujuk supaya saya menimbang semula keputusan bertanding tapi saya mempunyai prinsip," katanya.

Mengenai peluangnya yang dianggap tipis pada PRK itu, beliau yakin tidak akan kehilangan deposit.

"Orang tua saya berasal dari Pelangai, bapa saya dari FELDA Chemomoi dan ibu saya dari Kampung Jawi-Jawi.

"Saya membuka pusat gerakan di Pelangai sejak beberapa hari lalu dan sering bertemu penduduk setempat dengan sokongan beberapa ahli keluarga dan rakan," katanya.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat di Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Sementara itu, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh, berkata keahlian Haslihelmy dalam UMNO akan terlucut secara automatik jika bertanding pada PRK berkenaan.

"Beliau adalah ahli biasa UMNO cawangan Kampung Sum-Sum dan tidak pernah berunding dengan UMNO Bahagian Bentong mengenai keputusan untuk bertanding di Pelangai," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Hasrat Tanding Bebas PRK DUN Pelangai, Haslihelmy Sedia 'Di Pecat' Oleh UMNO !

Sekianlah artikel Hasrat Tanding Bebas PRK DUN Pelangai, Haslihelmy Sedia 'Di Pecat' Oleh UMNO ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hasrat Tanding Bebas PRK DUN Pelangai, Haslihelmy Sedia 'Di Pecat' Oleh UMNO ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/09/hasrat-tanding-bebas-prk-dun-pelangai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hasrat Tanding Bebas PRK DUN Pelangai, Haslihelmy Sedia 'Di Pecat' Oleh UMNO !"

Catat Ulasan

Loading...