Loading...

Pertembungan Tiga Penjuru Di PRK DUN Pelangai Antara Calon BN-PN Dan Bebas !

Loading...
Pertembungan Tiga Penjuru Di PRK DUN Pelangai Antara Calon BN-PN Dan Bebas ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pertembungan Tiga Penjuru Di PRK DUN Pelangai Antara Calon BN-PN Dan Bebas !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pertembungan Tiga Penjuru Di PRK DUN Pelangai Antara Calon BN-PN Dan Bebas !
link : Pertembungan Tiga Penjuru Di PRK DUN Pelangai Antara Calon BN-PN Dan Bebas !

Baca juga


Pertembungan Tiga Penjuru Di PRK DUN Pelangai Antara Calon BN-PN Dan Bebas !

 

BENTONG: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober ini menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.

Mereka terdiri daripada Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong, Datuk Amizar Abu Adam dari BN; Naib Yang Dipertua PAS Bentong, Kasim Samat (PN) dan Haslihelmy DM Zulhasli, calon Bebas yang akan menggunakan simbol kereta.

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus PRK DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail di Pusat Penamaan Calon Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul, jam 10.16 pagi ini.

Mohammad Shahid memaklumkan Amizar, 53, yang diiringi seorang pencadang dan penyokong menyerahkan borang pencalonan jam 9.01 pagi diikuti Kasim, 63, seminit kemudian dan Haslihelmy, 36, pada 9.08 pagi.

SPR menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini hingga 11.59 malam pada 6 Oktober dengan pengundian awal pada 3 Oktober.

PRK DUN Pelangai diadakan selepas penyandang kerusi itu diisytiharkan kosong susulan penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor, bulan lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon PN Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri (calon PH - 2,031 undi) dan Isa Ahmad (calon PEJUANG - 65 undi).

Berdasarkan rekod, DUN Pelangai mula dijadikan kawasan DUN pada 1986 dan sejak itu ia diwakili wakil rakyat daripada Barisan Nasional-UMNO (BN-UMNO), dengan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mewakili kawasan itu untuk lapan penggal (1986-2022).

Johari yang juga anak jati Pelangai dicalonkan BN-UMNO pada PRU15 dan mengekalkan kerusi itu untuk terus menjadi kubu kuat DUN di Pahang.

DUN Pelangai mempunyai seramai 16,456 pengundi berdaftar dan hampir 75 peratus adalah pengundi Melayu manakala pengundi Cina mewakili 20 peratus, India dan Orang Asli 10 peratus.

Terdahulu, Amizar tiba di pusat penamaan calon diiringi penyokong serta Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

Kasim yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi DUN itu pula diiringi Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Komposisi DUN Pahang selepas PRU15 adalah BN dan PN masing-masing mendapat 17 kerusi manakala PH menang lapan kerusi. Kerajaan Pahang terbentuk dengan kerjasama BN dan PH. #sumber



Demikianlah Artikel Pertembungan Tiga Penjuru Di PRK DUN Pelangai Antara Calon BN-PN Dan Bebas !

Sekianlah artikel Pertembungan Tiga Penjuru Di PRK DUN Pelangai Antara Calon BN-PN Dan Bebas ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pertembungan Tiga Penjuru Di PRK DUN Pelangai Antara Calon BN-PN Dan Bebas ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/09/pertembungan-tiga-penjuru-di-prk-dun.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pertembungan Tiga Penjuru Di PRK DUN Pelangai Antara Calon BN-PN Dan Bebas !"

Catat Ulasan

Loading...