Judul : Masalah Di Terengganu, Pemuda UMNO Cadang 'Himpunan RXZ' Buat Di Pahang
link : Masalah Di Terengganu, Pemuda UMNO Cadang 'Himpunan RXZ' Buat Di Pahang
Masalah Di Terengganu, Pemuda UMNO Cadang 'Himpunan RXZ' Buat Di Pahang
KUANTAN: Program Himpunan RXZ dicadangkan diadakan di Pahang jika terdapat pelbagai halangan apabila diadakan di negeri Terengganu.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim berkata, aktiviti pemotoran yang mampu menarik orang muda itu seharusnya diketengahkan dengan platform lebih baik dan ’halal’.
Jelasnya, pihak penganjur Himpunan RXZ itu boleh cuba berbincang dengan kerajaan negeri ini bagi melaksanakan program itu dengan mematuhi segala spek undang-undang.
Event ini sentiasa buat dekat Negeri Terengganu. Dalam hati saya sebenarnya ingin ada event seperti ini dekat Pahang. Banyak lokasi sesuai kat Pahang untuk penganjuran event macam ini.
”Saya juga bersedia untuk duduk semeja jika ramai yang berminat untuk menganjurkan event seperti ini di Negeri Pahang. Insya-Allah saya boleh permudahkan cara jika betul-betul mahukan ia dianjurkan di bumi Pahang.
"Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kita pun ’layan’ juga RXZ ini, confirm Tok Wan akan join juga nanti,” katanya.
Kamil berharap pihak penganjur dan pihak berkuasa serta kerjasama dengan pihak kerajaan negeri dapat memberi sedikit kelonggaran kepada mereka menyertai program motor secara tahunan ia supaya ia berjalan lancar.
Beliau berpendapat penganjur juga sudah berusaha menganjurkan dengan sehabis baik dan tanggungjawab peserta pula menjaga sikap untuk memastikan event ini disambut meriah.
Pihaknya berharap pihak berkuasa agar tidak terlalu mengambil tindakan tegas dan mendidik kepada peserta agar tidak mengulangi kesilapan mereka.
”Baru-baru lagi kita dengar ada masalah dihadapi oleh geng-geng kita yang pergi join RXZ Members di mana mereka banyak ditahan dan disaman oleh pihak berkuasa.
”Namun kita pun perlu menjaga sikap kita kerana bukan kita sahaja yang mengunakan jalan raya ini. Pihak berkuasa juga perlu menjalankan tugas untuk menjaga ketenteraman awam. Cuba elak buat perkara yang boleh menyalahi undang-undang,” katanya.
Pada 8 September, lebih 120 buah motosikal peserta himpunan Yamaha RXZ Members 5.0 ditahan atas pelbagai kesalahan yang dikesan menerusi operasi bersepadu dijalankan pada Jumaat lalu di Terengganu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kesemua motosikal berkenaan didapati melanggar pelbagai kesalahan trafik antaranya tidak memiliki lesen memandu, mengubah suai kenderaan serta tidak memasang brek kenderaan.
Manakala Pengarah Program Himpunan RXZ 5.0, Mohamad Faizal Mat Ali belum memutuskan sama ada bakal meneruskan lagi penganjuran program itu atau sebaliknya pada tahun depan.
Ia susulan ada peserta program terbesar di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak selama dua hari yang berakhir semalam menghadapi masalah termasuk ramai ditahan pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan motosikal masing-masing.
Susulan itu pihak penganjur membayangkan penganjuran yang bermula edisi pertama pada 2017 itu mungkin yang terakhir pada tahun ini.
Difahamkan sambutan Himpunan RXZ Member 5.0 pada kali ini begitu meriah dan luar biasa berbanding RXZ Member 1.0 hingga 4.0. di mana lebih 60,000 peserta seluruh negara hadir termasuk dari Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura. #sumber
Demikianlah Artikel Masalah Di Terengganu, Pemuda UMNO Cadang 'Himpunan RXZ' Buat Di Pahang
Anda sekarang membaca artikel Masalah Di Terengganu, Pemuda UMNO Cadang 'Himpunan RXZ' Buat Di Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/09/masalah-di-terengganu-pemuda-umno.html
0 Response to "Masalah Di Terengganu, Pemuda UMNO Cadang 'Himpunan RXZ' Buat Di Pahang"
Catat Ulasan