Judul : Umat Islam Perlu 'Tinggalkan' Makanan Syubhah, Wajib Cari Yang Diyakini Halal
link : Umat Islam Perlu 'Tinggalkan' Makanan Syubhah, Wajib Cari Yang Diyakini Halal
Umat Islam Perlu 'Tinggalkan' Makanan Syubhah, Wajib Cari Yang Diyakini Halal
KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu meninggalkan makanan diragui ataupun syubhah dan bertanggungjawab mencari makanan yang diyakini halal.
Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, peniaga juga perlu bertanggungjawab dan jujur dalam pengendalian makanan supaya tidak menimbulkan keraguan.
Menurutnya, walau di mana orang Islam berada, mereka mesti bertanggungjawab untuk mencari makanan yang diyakini halal dan meninggalkan sesuatu yang samar serta tidak jelas hukumnya.
"Benda syubhah boleh jatuh kepada haram, lebih baik kita tinggalkan. Orang Muslim elak makan di situ (mana-mana premis yang diragui).
"Premis orang Muslim (pelanggan) boleh tanya sendiri untuk buktikan (bahan digunakan) dan peniaga perlu bertanggungjawab serta jujur untuk menjawabnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas mengenai isu premis nasi ayam claypot di Sri Petaling, di sini yang tular di media sosial, selepas status halalnya diragui kerana didakwa menggunakan rice wine atau wain beras.
Dr Abdul Rahman berkata, mengenai dakwaan terhadap penggunaan terlarang oleh premis itu, siasatan perlu dilakukan untuk pengesahan.
Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilapor mengesahkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal ke atas premis itu dan semakan Portal Halal menunjukkan premis tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). #sumber
Demikianlah Artikel Umat Islam Perlu 'Tinggalkan' Makanan Syubhah, Wajib Cari Yang Diyakini Halal
Anda sekarang membaca artikel Umat Islam Perlu 'Tinggalkan' Makanan Syubhah, Wajib Cari Yang Diyakini Halal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/09/umat-islam-perlu-tinggalkan-makanan.html
0 Response to "Umat Islam Perlu 'Tinggalkan' Makanan Syubhah, Wajib Cari Yang Diyakini Halal"
Catat Ulasan