Loading...

PRK DUN Pelangai: 'Anak Felda' Antara Senarai Calon Barisan Nasional Pahang

Loading...
PRK DUN Pelangai: 'Anak Felda' Antara Senarai Calon Barisan Nasional Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRK DUN Pelangai: 'Anak Felda' Antara Senarai Calon Barisan Nasional Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRK DUN Pelangai: 'Anak Felda' Antara Senarai Calon Barisan Nasional Pahang
link : PRK DUN Pelangai: 'Anak Felda' Antara Senarai Calon Barisan Nasional Pahang

Baca juga


PRK DUN Pelangai: 'Anak Felda' Antara Senarai Calon Barisan Nasional Pahang

 

BENTONG: Barisan Nasional (BN) Pahang telah menyenarai pendek enam nama bagi pemilihan calon untuk Piliran Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang bulan hadapan.

Dua nama yang paling disebut-sebut sebagai antara pertimbangan UMNO dan Barisan Nasional ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bentong, Datuk Amizar Abu Adam.

Mengikut hirarki UMNO Bahagian, Mohamad Zaini mungkin menjadi pilihan utama pucuk pimpinan parti menggantikan Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lalu.

Bagaimanapun dalam situasi politik hari ini hampir sama dengan pasca Pilihan Raya Umum-14 – di mana UMNO berhadapan penolakan rakyat, calon popular dalam kalangan pengundi mungkin menjadi pilihan.

Dalam PRK Cameron Highland 2018, UMNO memilih Ramli Md Noor sebagai calon dan berjaya menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) yang menjadi kerajaan ketika itu. Demikian juga dalam PRK DUN Semenyih 2019 , UMNO sekali lagi meletak calon luar hirarki parti dan berjaya merampas kerusi terbabit dari PH.

Sekiranya formula pasca PRU14 diguna pakai, Amizar mungkin akan menjadi pilihan utama berbanding pemegang jawatan utama dalam UMNO Bahagian biarpun hanya memegang jawatan lantikan sebagai sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian.

Amizar pernah menjadi calon dalam PRU15 dan tewas. Namun nama beliau menjadi sebutan berikutan kejayaan  mendapat undi yang signifikan banyak di DUN Ketari yang menjadi kawasan kubu kuat DAP.

Dalam PRU14 DAP menang dengan majoriti 3,710 undi. Namun dalam PRU15, Amizar  berjaya mengurangkan majoriti DAP kepada 120 undi sahaja. Calon PH (DAP) Keong Siong mendapat 9,722, manakala Amizar (BN) mendapat 9,602.

DUN Pelangai boleh dianggap kubu kuat UMNO/BN berikutan tidak terjejas dengan gelombang hijau PN dalam PRU15 lepas. Ketika UMNO Pahang kalah di banyak tempat, calon BN di DUN Pelangai memperolehi majoriti yang besar.

Allahyarham Johari memenangi kerusi itu dalam pertembungan empat penjuru dengan majoriti 4,048 selepas memperoleh 7,308 undi. Kasim Samat dari PN memperoleh 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri dari PH (2,031 undi) dan Isa Ahmad dari Pejuang (65 undi).

Berdasarkan keputusan tersebut, BN seharusnya menang selesa dengan tambahan undi dari PH.

Namun PRN enam buah negeri yang baru tamat menunjukkan pemindahan undi dari BN ke PN berlaku dalam skala besar sehingga menyebabkan banyak DUN majoriti Melayu di Pulau Pinang dan Selangor berpindah kepada PN walaupun di atas kertas gabungan BN-PH boleh menang mudah.

Sekiranya gelombang yang sama berterusan, BN memerlukan calon yang digemari ramai bagi mengelak trend tersebut merebak ke Pelangai. Justeru pemilihan seorang calon yang berpengalaman dan telah dikenali ramai dalam kalangan pengundi mungkin menjadi satu kriteria utama.

Sebagai seorang usahawan dan juga penggerak badan bukan kerajaan (NGO) Kami Anak Felda, Amizar yang dibesarkan di Felda Chemomoi dalam DUN Pelangai, Amizar mungkin mempunyai kelebihan bagi berhadapan gelombang sokongan orang Melayu terhadap PN sejak PRU-15 lalu. #sumber



Demikianlah Artikel PRK DUN Pelangai: 'Anak Felda' Antara Senarai Calon Barisan Nasional Pahang

Sekianlah artikel PRK DUN Pelangai: 'Anak Felda' Antara Senarai Calon Barisan Nasional Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRK DUN Pelangai: 'Anak Felda' Antara Senarai Calon Barisan Nasional Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/09/prk-dun-pelangai-anak-felda-antara.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PRK DUN Pelangai: 'Anak Felda' Antara Senarai Calon Barisan Nasional Pahang"

Catat Ulasan

Loading...