Judul : Fitnah Jahat Serta Keterlaluan, Shahaniza Buat Laporan Polis Terhadap 'Razak Bidin'
link : Fitnah Jahat Serta Keterlaluan, Shahaniza Buat Laporan Polis Terhadap 'Razak Bidin'
Fitnah Jahat Serta Keterlaluan, Shahaniza Buat Laporan Polis Terhadap 'Razak Bidin'
Laporan dibuat, susulan kenyataan melampau, berniat jahat dan mengandungi unsur fitnah yang keterlaluan terhadap beliau.
Antara lain, Razak Bidin mendakwa Shahaniza terlibat dengan pelacuran ketika usia mudanya.
Shahaniza yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini diminta menarik balik hantaran difacebooknya terhadap Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkaitan satu kenyataan yang didakwa fitnah.
Shahaniza telah menarik balik kenyataan beliau berhubung isu tersebut, cuma dia mahu pemimpin PAS itu membuktikan kenyataan difacebooknya itu fitnah barulah beliau akan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Susulan itu, 'Razak Bidin: bertindak menyerang beliau. Apa yang lebih mengecewakan foto keluarganya juga turut menjadi sasaran.
"Dua hari sebelum ini, terdapat juga posting dari individu tersebut yang memaparkan saya bersama anak-anak saya dengan kandungan, mak cik jangan wariskan sifat pelacur politik (sondol semua) kepada anak cucu.
"Saya menyifatkan posting tersebut juga sebagai sesuatu yang melampau dan berniat jahat terhadap saya dan keluarga.
"Saya membuat laporan ini dengan tujuan satu siasatan menyeluruh oleh pihak polis terhadap individu tersebut dibawah Seksyen 504, kanun keseksaan, akta hasutan atau mana-mana peruntukan undang-undang yang berkaitan," merujuk kenyataan dalam laporan polis beliau.
Sementara itu difahamkan, beliau turut tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan sivil terhadap individu terbabit. #pahangdaily
Demikianlah Artikel Fitnah Jahat Serta Keterlaluan, Shahaniza Buat Laporan Polis Terhadap 'Razak Bidin'
Anda sekarang membaca artikel Fitnah Jahat Serta Keterlaluan, Shahaniza Buat Laporan Polis Terhadap 'Razak Bidin' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/10/fitnah-jahat-serta-keterlaluan.html
0 Response to "Fitnah Jahat Serta Keterlaluan, Shahaniza Buat Laporan Polis Terhadap 'Razak Bidin'"
Catat Ulasan