Judul : Polis Akan Ambil Tindakan Jikalau Pamer, Lekat Lambang Darjah Kebesaran Pahang
link : Polis Akan Ambil Tindakan Jikalau Pamer, Lekat Lambang Darjah Kebesaran Pahang
Polis Akan Ambil Tindakan Jikalau Pamer, Lekat Lambang Darjah Kebesaran Pahang
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penerima Darjah Kebesaran Negeri Pahang yang mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran berkenaan, pada kenderaan mereka.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata PDRM mengambil maklum titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang memberi peringatan kepada penerima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang, untuk tidak berbuat demikian.
Beliau berkata tindakan mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran pada kenderaan penerima darjah itu, boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 3(1)(D) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017.
"Mengikut seksyen ini, tiada seorang pun boleh kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, mempamer atau melekatkan apa-apa bahan yang mengandungi apa-apa lambang gelaran atau anugerah, atau apa-apa replika mengenainya kepada apa-apa kenderaan.
"Jika terdapat mana-mana kenderaan yang masih mempamerkan lambang darjah kebesaran negeri itu, maka tindakan akan diambil selaras dengan enakmen berkenaan," katanya dalam kenyataan semalam.
Semalam, Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman dilapor berkata peringatan itu dibuat bagi menjunjung titah Al-Sultan Abdullah, yang kini bersemayam di Istana Negara.
Peringatan itu diberikan mengikut Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017, melibatkan gelaran atau anugerah dikurniakan Sultan Pahang. #sumber
Demikianlah Artikel Polis Akan Ambil Tindakan Jikalau Pamer, Lekat Lambang Darjah Kebesaran Pahang
Anda sekarang membaca artikel Polis Akan Ambil Tindakan Jikalau Pamer, Lekat Lambang Darjah Kebesaran Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/10/polis-akan-ambil-tindakan-jikalau-pamer.html
0 Response to "Polis Akan Ambil Tindakan Jikalau Pamer, Lekat Lambang Darjah Kebesaran Pahang"
Catat Ulasan