Judul : Kerajaan Pahang Tidak Pernah Bincang Kenakan Caj Tol Ke Genting Highlands !
link : Kerajaan Pahang Tidak Pernah Bincang Kenakan Caj Tol Ke Genting Highlands !
Kerajaan Pahang Tidak Pernah Bincang Kenakan Caj Tol Ke Genting Highlands !
BENTONG: Kerajaan Negeri Pahang tidak pernah membincangkan mengenai rancangan memperkenalkan caj tol perjalanan sehala kepada pengunjung ke Genting Highlands.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan atau dibincangkan semasa mesyuarat Exco negeri.
"Belum ada apa-apa yang rasmi mengenai laporan berita itu. Kami (kerajaan negeri) tidak pernah membincangkan cadangan tol.
"Saya sedang mengumpul butiran lanjut mengenai perkara itu dan biar saya mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dahulu," kata beliau ketika dihubungi pada Jumaat.
Baru-baru ini, tular gambar pemasangan sebuah struktur di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, sekali gus mendapat perhatian warganet yang membuat spekulasi berkemungkinan bakal dibangunkan plaza tol.
Bagaimanapun, jurucakap syarikat berkenaan tidak dapat mengesahkan tarikh pelaksanaan dan kadar tol yang akan dikenakan. #sumber
Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Tidak Pernah Bincang Kenakan Caj Tol Ke Genting Highlands !
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Tidak Pernah Bincang Kenakan Caj Tol Ke Genting Highlands ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/10/kerajaan-pahang-tidak-pernah-bincang.html
0 Response to "Kerajaan Pahang Tidak Pernah Bincang Kenakan Caj Tol Ke Genting Highlands !"
Catat Ulasan