Judul : Tengku Zafrul: Pendedahan Isu Pandora Papers Pada 2021, Nak Siasat Saya Untuk Apa?
link : Tengku Zafrul: Pendedahan Isu Pandora Papers Pada 2021, Nak Siasat Saya Untuk Apa?
Tengku Zafrul: Pendedahan Isu Pandora Papers Pada 2021, Nak Siasat Saya Untuk Apa?
KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz hari mempersoalkan motif pihak yang berterusan mendesak supaya dirinya disiasat susulan pendedahan Pandora Papers pada 2021.
Melalui video berdurasi 4 minit 22 saat yang dimuat naik melalui platform X, beliau membangkitkan soalan mengapa dirinya kembali diasak untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM), sedangkan ketika itu hanya bekerja dengan Kumpulan Kenanga sahaja.
Mengulangi kenyataannya pada 2021, beliau menegaskan tidak memiliki syarikat terbabit, sebaliknya dilantik sebagai pengarah syarikat serta anak syarikat Kumpulan Kenanga iaitu Capital Investment (Labuan) Ltd antara tempoh Januari 2009 hingga Jun 2010.
"Saya melepaskan semua jawatan selepas dilantik Ketua Pegawai Eksekutif di Maybank Investment Bank Bhd dan syarikat (Capital Investment) bukan saya yang punya.
"Capital Investment diperbadankan di Labuan yang menjadi pusat kewangan luar pesisir antarabangsa oleh kerajaan Malaysia pada 1990 sewaktu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
"Sehingga kini Labuan masih berperanan sebagai pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa (LIBFC) di bawah seliaan agensi kerajaan Labuan Financial Services Authority (LFSA).
"Jadi adakah mereka yang mahu saya disiasat itu mengatakan semua syarikat yang dibuka di Labuan menjalankan perniagaan haram dan melanggar undang-undang," katanya.
Pandora Papers antara lain menyebut kira-kira 12 individu Malaysia, termasuk empat ahli politik antara puluhan ketua negara, kerajaan dan pemerintah dari serata dunia yang didapati menggunakan tempat perlindungan cukai luar pesisir bagi menyembunyikan aset bernilai ratusan juta dolar, sepanjang 25 tahun lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Ketua Pembangkang pernah mengusulkan untuk membahaskan pendedahan Pandora Papers.
Beliau pada sesi Parlimen 2021 berang, malah menuduh Speaker Dewan Rakyat ketika itu sengaja menolak usul berkenaan, malah mendakwa , Datuk Azhar Azizan bertindak sebagai 'peguam bela' kepada pemimpin politik dan ahli perniagaan yang dikaitkan dalam laporan itu.
Tengku Zafrul melalui video sama juga melontarkan persoalan adakah SPRM harus menyiasat semua syarikat kewangan termasuk mereka yang bekerja di LIBFC susulan desakan itu.
"Adakah mereka mahu minta supaya semua pengarah syarikat kewangan di Labuan disiasat oleh SPRM dan adakah mereka mahu tuduh kerajaan Malaysia menggalakkan aktiviti haram susulan penubuhan LIBFC.
"Jika anda semua nak tahu, ada lebih 940 syarikat berdaftar dengan LFSA, antaranya 70 bank dan 237 syarikat insurans. Sehingga kini bank-bank di Labuan memiliki hampir AS$50 bilion aset dan syarikat insuran di situ juga mempunyai premium insurans sehingga AS$1.7 bilion. Adakah semua aset ini haram," katanya.
Beliau pada masa sama meminta pihak yang mendesak dirinya disiasat supaya menghuraikan kesalahan yang membabitkan dirinya kerana beliau sendiri masih tertanya-tanya. #sumber
Demikianlah Artikel Tengku Zafrul: Pendedahan Isu Pandora Papers Pada 2021, Nak Siasat Saya Untuk Apa?
Anda sekarang membaca artikel Tengku Zafrul: Pendedahan Isu Pandora Papers Pada 2021, Nak Siasat Saya Untuk Apa? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/01/tengku-zafrul-pendedahan-isu-pandora.html
0 Response to "Tengku Zafrul: Pendedahan Isu Pandora Papers Pada 2021, Nak Siasat Saya Untuk Apa?"
Catat Ulasan