Loading...

Yang di-Pertuan Agong Berkenan Rasmi Sawah Berskala Besar Ala Sekinchan Di Merchong Pekan

Loading...
Yang di-Pertuan Agong Berkenan Rasmi Sawah Berskala Besar Ala Sekinchan Di Merchong Pekan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Yang di-Pertuan Agong Berkenan Rasmi Sawah Berskala Besar Ala Sekinchan Di Merchong Pekan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Yang di-Pertuan Agong Berkenan Rasmi Sawah Berskala Besar Ala Sekinchan Di Merchong Pekan
link : Yang di-Pertuan Agong Berkenan Rasmi Sawah Berskala Besar Ala Sekinchan Di Merchong Pekan

Baca juga


Yang di-Pertuan Agong Berkenan Rasmi Sawah Berskala Besar Ala Sekinchan Di Merchong Pekan

PEKAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan di Kumpulan Pengguna Air (KPA) Permatang Durian, Skim Merchong di sini.

Turut berangkat ke majlis yang diadakan di Masjid Kampung Merchong, di sini ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan paduka adinda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah serta Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Pada majlis itu, Seri Paduka turut berkenan meluangkan masa melawat pameran selain melihat gimik penanaman Ala Sekinchan serta mengemudi jentera menanam padi.

SMART SBB Ala Sekinchan merupakan model baharu menerapkan amalan pertanian berhasil tinggi dengan mempraktikkan Pengetahuan, Sikap dan Amalan yang dilancarkan pada Mei 2023.

Program itu antara lain bermatlamat meningkatkan pendapatan pesawah melalui peningkatan produktiviti dengan mengaplikasikan amalan penanaman padi terbaik di kawasan Sekinchan, Selangor selain mengeluarkan padi lebih bersasar menerusi pembangunan kawasan secara berkelompok.

Di Pahang, model baharu itu dikawal selia oleh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pekan bersama sebuah syarikat peneraju di Skim Merchong mempunyai keluasan keseluruhan sekitar 4,134 hektar dengan seramai 1,716 pesawah.

Terdapat 10 KPA di bawah Skim Merchong, dan projek ini akan memberi fokus utama kepada KPA Permatang Durian, dengan fasa pertama pelaksanaan projek ini akan melibatkan seramai 84 peserta dengan kawasan usaha seluas 168 hektar.. #sumber



Demikianlah Artikel Yang di-Pertuan Agong Berkenan Rasmi Sawah Berskala Besar Ala Sekinchan Di Merchong Pekan

Sekianlah artikel Yang di-Pertuan Agong Berkenan Rasmi Sawah Berskala Besar Ala Sekinchan Di Merchong Pekan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Yang di-Pertuan Agong Berkenan Rasmi Sawah Berskala Besar Ala Sekinchan Di Merchong Pekan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/01/yang-di-pertuan-agong-berkenan-rasmi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Yang di-Pertuan Agong Berkenan Rasmi Sawah Berskala Besar Ala Sekinchan Di Merchong Pekan"

Catat Ulasan

Loading...