Loading...

Fahmi Tegur Hassan Karim, Usah Campur Urusan Parti Lain Dalam Kerajaan Perpaduan !

Loading...
Fahmi Tegur Hassan Karim, Usah Campur Urusan Parti Lain Dalam Kerajaan Perpaduan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fahmi Tegur Hassan Karim, Usah Campur Urusan Parti Lain Dalam Kerajaan Perpaduan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fahmi Tegur Hassan Karim, Usah Campur Urusan Parti Lain Dalam Kerajaan Perpaduan !
link : Fahmi Tegur Hassan Karim, Usah Campur Urusan Parti Lain Dalam Kerajaan Perpaduan !

Baca juga


Fahmi Tegur Hassan Karim, Usah Campur Urusan Parti Lain Dalam Kerajaan Perpaduan !

 

KUANTAN: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim daripada Pakatan Harapan (PH), diberi 'teguran keras' supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang dilihat seolah-olah mahu mencampuri urusan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, berkata Hassan seharusnya menghormati rakan parti yang kini bersama-sama dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Beliau tidak patut mengeluarkan kenyataan seperti itu. Jangan jaga tepi kain parti orang lain. Kalau dia hendak suruh saya letak jawatan, itu lain... kalau itu Pak Hassan Karimlah (Hassan).

"Tetapi jangan komen orang dalam parti lain, ia tidak baiklah. Saya beri teguran keras kepada Pak Hassan... orang yang saya hormat tetapi kalau buat macam itu, ada pihak akan ambil kesempatan," katanya dalam satu rakaman video dikongsikan melalui media sosial.

Fahmi berkata demikian pada satu sidang media selepas menghadiri Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), FELDA Bukit Goh, dekat sini semalam, semalam.

Pada Rabu lalu, Hassan dilaporkan berkata, UMNO perlu diterajui muka baharu dan tidak hanya 'menumpang dahan' PH pimpinan Anwar yang diakuinya 'rapuh' berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16.

Hassan dipetik berkata, rombakan pemimpin baharu yang segar, berintegriti dan berkarisma dalam parti itu adalah penting untuk mendapatkan undi Melayu.

Fahmi yang kesal dengan kenyataan Hassan itu menyifatkan tindakan sedemikian tidak akan membantu usaha menjaga hubungan baik antara parti dalam kerajaan, biarpun Ahli Parlimen itu mempunyai prinsipnya sendiri.

"Saya hormat prinsip yang beliau pegang. Namun, saya rasa cara beliau itu tidak membantu. Saya beri teguran keras dalam bab ini.

"Kita hormat parti sahabat dan sekiranya ada sebarang teguran, beliau (Hassan) boleh sampaikan kepada pemimpin (untuk) diuruskan dengan baik. Jadi, saya beri teguran keras kepada beliau dalam bab ini," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Fahmi Tegur Hassan Karim, Usah Campur Urusan Parti Lain Dalam Kerajaan Perpaduan !

Sekianlah artikel Fahmi Tegur Hassan Karim, Usah Campur Urusan Parti Lain Dalam Kerajaan Perpaduan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fahmi Tegur Hassan Karim, Usah Campur Urusan Parti Lain Dalam Kerajaan Perpaduan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/02/fahmi-tegur-hassan-karim-usah-campur.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Fahmi Tegur Hassan Karim, Usah Campur Urusan Parti Lain Dalam Kerajaan Perpaduan !"

Catat Ulasan

Loading...