Loading...

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Arahkan 27 Premis Makanan Di Kuantan Ditutup

Loading...
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Arahkan 27 Premis Makanan Di Kuantan Ditutup - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Arahkan 27 Premis Makanan Di Kuantan Ditutup, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Arahkan 27 Premis Makanan Di Kuantan Ditutup
link : Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Arahkan 27 Premis Makanan Di Kuantan Ditutup

Baca juga


Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Arahkan 27 Premis Makanan Di Kuantan Ditutup



KUANTAN: Sebanyak 27 premis makanan di daerah ini diarah tutup hasil daripada Operasi Pematuhan Pelabelan dan Premis Makanan Bersih Pahang 2024 selama dua hari pada 30 dan 31 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus, berkata penutupan itu dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bagi menjalankan kerja pembersihan.

Katanya, semua premis makanan yang dikenakan tindakan penutupan itu didapati tidak suci dan arahan penutupan untuk memastikan mereka meningkatkan tahap kebersihan bukan sahaja premis, malah makanan.

"Sepanjang tempoh dua hari operasi dijalankan, sebanyak 97 premis diperiksa membabitkan 42 pasar raya, pusat jualan borong dan pasar mini serta 55 restoran dan kedai makan.

"Sebanyak 258 notis Seksyen 32B, Akta Makanan 1983 dikeluarkan dengan nilai kompaun yang ditawarkan berjumlah RM173,650," katanya dalam kenyataan hari ini.

Daripada jumlah kompaun itu, beliau berkata, pelbagai kesalahan pelabelan produk makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 yang dikesan ketika operasi pelabelan dijalankan.

Katanya, antaranya 22 kesalahan di bawah Peraturan 18 iaitu mengandungi perkara-perkara dilarang pada label seperti tuntutan kesihatan dan penggredan kualiti dengan jumlah kompaun RM45,000.

"Sebanyak 14 kesalahan di bawah peraturan 11, iaitu tidak menyatakan nama sebutan sebenar atau nama yang mengelirukan pengguna dengan jumlah kompaun RM28,000.

"Sejumlah 10 kesalahan dikesan di bawah peraturan 14 iaitu produk tiada penandaan tarikh luput atau tarikh akhir dengan jumlah kompaun sebanyak RM30,000," katanya.

Dr Nor Azimi berkata, operasi itu dilakukan bertujuan untuk memastikan semua label produk makanan yang dijual di pasaran dan premis makanan berada dalam keadaan bersih serta mematuhi kehendak yang diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983.

Katanya, keperluan kepada pematuhan pelabelan bagi produk makanan adalah sangat penting bagi orang ramai mendapat maklumat yang tepat dan betul berkaitan dengan produk makanan yang ada di pasaran.

"Pelabelan makanan bertujuan bagi melindungi pihak awam daripada bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan kegunaan sesuatu makanan.

"Ia juga memberi faedah kepada industri makanan tempatan dalam memperkembangkan profil produk mereka kepada pengguna, bagi tujuan strategi pemasaran dan meningkatkan peluang memperdagangkan produk mereka ke peringkat antarabangsa," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Arahkan 27 Premis Makanan Di Kuantan Ditutup

Sekianlah artikel Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Arahkan 27 Premis Makanan Di Kuantan Ditutup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Arahkan 27 Premis Makanan Di Kuantan Ditutup dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/02/jabatan-kesihatan-negeri-jkn-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Arahkan 27 Premis Makanan Di Kuantan Ditutup"

Catat Ulasan

Loading...