Loading...

Seorang Remaja Lelaki OKU Lemas Ketika Mandi Bersama Enam Rakan Di Lubuk Sungai Berkelah Gambang

Loading...
Seorang Remaja Lelaki OKU Lemas Ketika Mandi Bersama Enam Rakan Di Lubuk Sungai Berkelah Gambang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Remaja Lelaki OKU Lemas Ketika Mandi Bersama Enam Rakan Di Lubuk Sungai Berkelah Gambang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Remaja Lelaki OKU Lemas Ketika Mandi Bersama Enam Rakan Di Lubuk Sungai Berkelah Gambang
link : Seorang Remaja Lelaki OKU Lemas Ketika Mandi Bersama Enam Rakan Di Lubuk Sungai Berkelah Gambang

Baca juga


Seorang Remaja Lelaki OKU Lemas Ketika Mandi Bersama Enam Rakan Di Lubuk Sungai Berkelah Gambang

KUANTAN: Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) lemas ketika mandi bersama enam rakan di Sungai Berkelah Gambang, di sini, pada Jumaat.

Mangsa, Harun Mahmud, 20, dikatakan lemas selepas hanyut ketika mandi di kawasan lubuk yang lebih dalam di bahagian hilir air terjun itu kira-kira jam 11.30 pagi.

Dua rakan yang turut mandi bersama mangsa di kawasan itu juga hanyut, namun sempat berpaut pada dahan kayu di tebing sungai dan menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata rakan mangsa lain tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan kejadian berlaku sangat pantas dan keadaan dasar kolam juga sangat dalam.

Beliau berkata, mangsa ditemukan anggota bomba di dasar sungai dengan kedalaman tujuh meter pada jam 12.54 tengah hari.

"Mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk bedah siasat, manakala dua rakannya berusia 15 dan 19 tahun yang terselamat dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sepasukan 11 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, Kuantan dan Pekan dikejarkan ke lokasi untuk bantuan mencari dan menyelamat selepas menerima panggilan kecemasan jam 11.53 pagi.  #sumber



Demikianlah Artikel Seorang Remaja Lelaki OKU Lemas Ketika Mandi Bersama Enam Rakan Di Lubuk Sungai Berkelah Gambang

Sekianlah artikel Seorang Remaja Lelaki OKU Lemas Ketika Mandi Bersama Enam Rakan Di Lubuk Sungai Berkelah Gambang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Remaja Lelaki OKU Lemas Ketika Mandi Bersama Enam Rakan Di Lubuk Sungai Berkelah Gambang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/02/seorang-remaja-lelaki-oku-lemas-ketika.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Seorang Remaja Lelaki OKU Lemas Ketika Mandi Bersama Enam Rakan Di Lubuk Sungai Berkelah Gambang"

Catat Ulasan

Loading...