Judul : Guna Tanah Secara Haram, Parkir Kafe Tanah Aina Fareena Di Bentong Ditutup Sepenuhnya
link : Guna Tanah Secara Haram, Parkir Kafe Tanah Aina Fareena Di Bentong Ditutup Sepenuhnya
Guna Tanah Secara Haram, Parkir Kafe Tanah Aina Fareena Di Bentong Ditutup Sepenuhnya
BENTONG: Kafe Tanah Aina Fareen sudah diberi notis peringatan tetapi didakwa masih ingkar, natijahnya Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) terpaksa menutup sepenuhnya laluan masuk parkir yang dibina atas tanah kerajaan.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, dan Kesihatan Pahang, Ir Razali Kassim berkata, tindakan tersebut telah diambil berdasarkan keputusan Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang kerana kesalahan pihak berkenaan menggunakan tanah kerajaan sebagai parkir di restoran berkenaan.
Jelasnya, peringatan telah diberikan dan tindakan tegas diambil bagi memastikan semua rakyat di negeri ini menghormati keputusan yang dibuat berdasarkan lunas undang-undang.
Menurut Razali, tiada istilah pilih bulu ketika menguatkuasakan undang-undang kerana kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menduduki tanah kerajaan secara tidak sah.
“Kerajaan negeri sentiasa mengambil tindakan tegas. Sesiapa sahaja yang menduduki tanah kerajaan negeri secara haram, akan diambil tindakan.
“Kita ambil tindakan terus dan kebanyakan kes terus dibawa ke mahkamah. Tindakan yang diambil sebenarnya sudah dirujuk kepada Pejabat Perundangan negeri,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Guna Tanah Secara Haram, Parkir Kafe Tanah Aina Fareena Di Bentong Ditutup Sepenuhnya
Anda sekarang membaca artikel Guna Tanah Secara Haram, Parkir Kafe Tanah Aina Fareena Di Bentong Ditutup Sepenuhnya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/03/guna-tanah-secara-haram-parkir-kafe.html
0 Response to "Guna Tanah Secara Haram, Parkir Kafe Tanah Aina Fareena Di Bentong Ditutup Sepenuhnya"
Catat Ulasan