Loading...

Pemilik Tanah Aina Fareena Cafe Rayu Kerajaan Pahang Pertimbang Tindakan Tutup Laluan

Loading...
Pemilik Tanah Aina Fareena Cafe Rayu Kerajaan Pahang Pertimbang Tindakan Tutup Laluan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemilik Tanah Aina Fareena Cafe Rayu Kerajaan Pahang Pertimbang Tindakan Tutup Laluan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemilik Tanah Aina Fareena Cafe Rayu Kerajaan Pahang Pertimbang Tindakan Tutup Laluan
link : Pemilik Tanah Aina Fareena Cafe Rayu Kerajaan Pahang Pertimbang Tindakan Tutup Laluan

Baca juga


Pemilik Tanah Aina Fareena Cafe Rayu Kerajaan Pahang Pertimbang Tindakan Tutup Laluan

SHAH ALAM: Pemilik Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant di Bentong yang ditutup laluan masuk oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) semalam, meminta kerajaan negeri itu untuk mempertimbangkan rayuan serta memberi peluang kepada mereka menjalankan perniagaan.

Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, pihaknya juga sedia untuk berbincang sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan, sekali gus menyelesaikan isu yang timbul dengan cara baik.

Semalam, media melaporkan Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant sudah diberi notis peringatan tetapi didakwa masih ingkar, sekali gus mendorong Unit UPNP menutup sepenuhnya laluan masuk parkir yang dibina atas tanah kerajaan.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, dan Kesihatan Pahang, Ir Razali Kassim dilaporkan berkata, tindakan itu diambil berdasarkan keputusan Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang kerana kesalahan pihak berkenaan menggunakan tanah kerajaan sebagai parkir di restoran terabit.

Jelasnya, peringatan telah diberikan dan tindakan tegas diambil bagi memastikan semua rakyat di negeri ini menghormati keputusan yang dibuat berdasarkan lunas undang-undang.

Dalam pada itu, Shariffa Sabrina memaklumkan tiada notis rasmi diberikan kepada pihaknya berhubung penutupan dua laluan masuk serta kawasan parkir di restoran itu oleh kerajaan negeri Pahang semalam, sebaliknya hanya peringatan lisan pada Selasa minggu lalu bahawa kerajaan negeri akan melakukan tindakan penutupan dalam tempoh tujuh hari.

Selepas dimaklumkan perkara itu, katanya, pihaknya segera mengemukakan surat rayuan supaya tidak menutup laluan dan kawasan parkir dihantar melalui emel kepada pihak Pengarah UPNP Jumaat lalu.

"Sehingga kini kami tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak kerajaan negeri berhubung perkara itu.

"Dan semalam, mereka menutup laluan masuk ke tempat parkir dan satu lagi laluan masuk ke restoran menggunakan batu konkrit dan meletakkan notis bahawa laluan ditutup," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Shariffa Sabrina yang juga bekas Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) berkata, semasa membuka restoran itu pada 2010, pihaknya mendapat kerjasama baik daripada pihak Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan mendapat lesen serta membayar cukai yang diperlukan tanpa masalah.

"Kami juga ada buat permohonan untuk mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) untuk tanah yang kami gunakan sebagai laluan dan tempat parkir kenderaan sejak Mac 2022, namun sehingga kini tiada kelulusan diberikan dan masih menunggu jawapan," katanya.

Berikutan tindakan penutupan laluan semalam, katanya, pelanggan kini hanya boleh meletakkan kenderaan di tepi jalan di laluan arah Bentong untuk jika mahu ke restoran berkenaan, atas kebenaran pemilik tanah iaitu Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Namun, katanya, lokasinya agak sempit dan tidak selamat kerana terletak di tepi Lebuhraya Karak, justeru tindakan kerajaan negeri menutup tempat parkir itu memberi kesan kepada perniagaan serta menyulitkan pelanggan.

"Sekiranya pihak kami ada melakukan sebarang kesalahan, kita terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan segala isu yang timbul dengan cara baik, bukan melalui tindakan undang-undang atau tindakan sebegini (penutupan kawasan parkir dan laluan masuk)," katanya.

Sementara itu, peguam N Rajesh, berkata tindakan kerajaan negeri menutup laluan masuk ke restoran dan laluan ke kawasan parkir serta ruang letak kenderaan itu sebagai tidak munasabah.

"Jika benar perlu melakukan penutupan, pihak berkuasa perlu memberikan 'return notice' kepada pemilik, tetapi dalam hal ini, tiada sabarang notis diserahkan," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Pemilik Tanah Aina Fareena Cafe Rayu Kerajaan Pahang Pertimbang Tindakan Tutup Laluan

Sekianlah artikel Pemilik Tanah Aina Fareena Cafe Rayu Kerajaan Pahang Pertimbang Tindakan Tutup Laluan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemilik Tanah Aina Fareena Cafe Rayu Kerajaan Pahang Pertimbang Tindakan Tutup Laluan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/03/pemilik-tanah-aina-fareena-cafe-rayu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemilik Tanah Aina Fareena Cafe Rayu Kerajaan Pahang Pertimbang Tindakan Tutup Laluan"

Catat Ulasan

Loading...