Loading...

Satu Lagi Insiden Serangan Bom Di kedai KK Mart Berlaku, Kali Ini Di Sungai Isap Jaya Kuantan

Loading...
Satu Lagi Insiden Serangan Bom Di kedai KK Mart Berlaku, Kali Ini Di Sungai Isap Jaya Kuantan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Satu Lagi Insiden Serangan Bom Di kedai KK Mart Berlaku, Kali Ini Di Sungai Isap Jaya Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Satu Lagi Insiden Serangan Bom Di kedai KK Mart Berlaku, Kali Ini Di Sungai Isap Jaya Kuantan
link : Satu Lagi Insiden Serangan Bom Di kedai KK Mart Berlaku, Kali Ini Di Sungai Isap Jaya Kuantan

Baca juga


Satu Lagi Insiden Serangan Bom Di kedai KK Mart Berlaku, Kali Ini Di Sungai Isap Jaya Kuantan


KUANTAN: Satu lagi kejadian serangan bom membabitkan cawangan KK Super Mart dilaporkan berlaku awal pagi ini di Sungai Isap Jaya, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan,  Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengurus kedai serbaneka berkenaan sekitar jam 5.40 pagi.

"Berdasarkan laporan diterima, pengadu mendakwa terdapat individu tidak dikenali membaling molotov cocktail hingga menyebabkan kebakaran pada bahagian pintu masuk (karpet) kedai serbaneka itu.

"Ketika kejadian, terdapat dua pekerja kedai berkenaan, seorang pekerja wanita berada di kaunter manakala seorang pekerja lelaki sedang menyusun barang di bahagian rak belakang," katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Dia memaklumkan, terdapat empat rak jualan dalam premis itu, termasuk barangan jualan mengalami kerosakan akibat terkena percikan api.

"Kedai ini baru beroperasi kira-kira dua minggu dan pegawai penyiasat akan meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai suspek dan kronologi kejadian.

"Pasukan forensik juga sudah ke lokasi bagi mengumpul bahan bukti untuk tujuan siasatan," katanya lagi.

Wan Mohd Zahari tidak menolak kemungkinan insiden itu mempunyai kaitan dengan isu penjualan stoking kalimah Allah di premis sama di ibu negara, baru-baru ini.

Katanya, jumlah kerugian dianggarkan RM500 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Dia turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

Sementara itu, jurucakap Bomba Pahang berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 5.40 pagi.

"Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota bersama enam pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik laporan diterima.

"Ketika pasukan bomba tiba di lokasi, kebakaran sudah berjaya dikawal oleh orang awam menggunakan alat pemadam api," katanya.

Pasukan bomba seterusnya membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan tiada punca-punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

Operasi ditamatkan sekitar jam 6.10 pagi, selepas pasukan bomba berpuas hati dengan pemeriksaan dilakukan di sekitar premis itu.

Dalam pada itu, komander operasi memaklumkan siasatan lebih lanjut akan dilakukan unit forensik bomba bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

"Anggaran peratusan kebakaran 1 peratus, tidak melibatkan stuktur bangunan dan tidak melibatkan mangsa," katanya.

Ini merupakan insiden serangan kedua membabitkan KK Mart selepas tercetus kontroversi jualan stoking yang mengandungi kalimah Allah.

Pada 26 Mac lalu, sebuah cawangan kedai serbaneka itu di Bidor, Perak dibaling dengan bom petrol, kira-kira pukul lima pagi.

Bagaimanapun bom petrol itu jatuh di kawasan kosong di depan kedai itu, yang terletak di Jalan Mosi, dan tidak meletup. #sumber



Demikianlah Artikel Satu Lagi Insiden Serangan Bom Di kedai KK Mart Berlaku, Kali Ini Di Sungai Isap Jaya Kuantan

Sekianlah artikel Satu Lagi Insiden Serangan Bom Di kedai KK Mart Berlaku, Kali Ini Di Sungai Isap Jaya Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Satu Lagi Insiden Serangan Bom Di kedai KK Mart Berlaku, Kali Ini Di Sungai Isap Jaya Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/03/satu-lagi-insiden-serangan-bom-di-kedai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Satu Lagi Insiden Serangan Bom Di kedai KK Mart Berlaku, Kali Ini Di Sungai Isap Jaya Kuantan"

Catat Ulasan

Loading...