Loading...

Sultan Pahang: Pengamal Media Perlu Teliti Dahulu, Perhalusi Setiap Berita Sebelum Buat Kesimpulan

Loading...
Sultan Pahang: Pengamal Media Perlu Teliti Dahulu, Perhalusi Setiap Berita Sebelum Buat Kesimpulan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Pahang: Pengamal Media Perlu Teliti Dahulu, Perhalusi Setiap Berita Sebelum Buat Kesimpulan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Pahang: Pengamal Media Perlu Teliti Dahulu, Perhalusi Setiap Berita Sebelum Buat Kesimpulan
link : Sultan Pahang: Pengamal Media Perlu Teliti Dahulu, Perhalusi Setiap Berita Sebelum Buat Kesimpulan

Baca juga


Sultan Pahang: Pengamal Media Perlu Teliti Dahulu, Perhalusi Setiap Berita Sebelum Buat Kesimpulan

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati pengamal media agar meneliti dan memperhalusi setiap berita sebelum membuat kesimpulan hingga menyimpang daripada maksud asal.

Nasihat itu dititahkan susulan tindakan sebuah portal memuat naik laporan berita pada 22 Mac lalu bertajuk 'Sultan Pahang beri amaran terhadap amalan bawaan PAS'.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mej Jen Mohamed Zahari Yahya, berkata baginda sangat dukacita dan kecewa dengan tindakan portal berita itu.

"Laporan pada 22 Mac itu ternyata bersifat fitnah dan boleh memberi implikasi yang negatif sehingga mampu mendorong suasana tidak harmoni dalam masyarakat.

"Paduka baginda menegaskan bahawa titah baginda ketika sesi taklimat pembangunan daerah Maran di Akademi Tani Chenor, Maran itu tidak seperti dilaporkan portal berita berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Dia berkata, kenyataan dibuat baginda pada majlis itu hanya bersifat umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti politik.

Katanya, maksud nasihat baginda itu ialah mengingatkan semua pihak supaya masjid yang merupakan tempat ibadat sentiasa dijaga kesuciannya.

"Paduka baginda mengingatkan semua pengamal media cetak atau elektronik agar meneliti dan memperhalusi setiap berita sebelum membuat interpretasi yang menyimpang daripada maksud sebenar," katanya lagi.

Mohamed Zahari memaklumkan, baginda turut mengingatkan bahawa etika kewartawanan perlu dipatuhi sepanjang masa.

Berdasarkan semakan, portal itu melaporkan berita terbabit berdasarkan sebuah klip video dan rakaman video TikTok yang tular. #sumber



Demikianlah Artikel Sultan Pahang: Pengamal Media Perlu Teliti Dahulu, Perhalusi Setiap Berita Sebelum Buat Kesimpulan

Sekianlah artikel Sultan Pahang: Pengamal Media Perlu Teliti Dahulu, Perhalusi Setiap Berita Sebelum Buat Kesimpulan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang: Pengamal Media Perlu Teliti Dahulu, Perhalusi Setiap Berita Sebelum Buat Kesimpulan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/03/sultan-pahang-pengamal-media-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sultan Pahang: Pengamal Media Perlu Teliti Dahulu, Perhalusi Setiap Berita Sebelum Buat Kesimpulan"

Catat Ulasan

Loading...