Loading...

Wan Rosdy Umum Bantuan Khas Aidilfitri Sebanyak RM1,000 Kepada 8,000 Penjawat Awam Pahang

Loading...
Wan Rosdy Umum Bantuan Khas Aidilfitri Sebanyak RM1,000 Kepada 8,000 Penjawat Awam Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Rosdy Umum Bantuan Khas Aidilfitri Sebanyak RM1,000 Kepada 8,000 Penjawat Awam Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Rosdy Umum Bantuan Khas Aidilfitri Sebanyak RM1,000 Kepada 8,000 Penjawat Awam Pahang
link : Wan Rosdy Umum Bantuan Khas Aidilfitri Sebanyak RM1,000 Kepada 8,000 Penjawat Awam Pahang

Baca juga


Wan Rosdy Umum Bantuan Khas Aidilfitri Sebanyak RM1,000 Kepada 8,000 Penjawat Awam Pahang

KUALA LUMPUR: Kira-kira 8,000 penjawat awam di Pahang menerima khabar gembira apabila kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas Aidilfitri RM1,000 kepada mereka.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Penyerahan Baucar Moh Balik Beraya Ke Pahang di Stadium Titiwangsa di sini, hari ini.

"Saya akan beritahu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan perkara itu dan sudah pasti sebelum hari raya (bantuan diterima)," katanya.

Sementara itu, beliau berkata Kerajaan Pahang membelanjakan RM100 juta menerusi Bantuan Prihatin Pahang sejak ia diperkenalkan pada 2022 sehingga hujung tahun lalu.

Katanya, jumlah berkenaan membabitkan bantuan RM300 dalam bentuk barangan dan wang simpanan kepada bayi yang lahir di Pahang dan bantuan RM100 kepada setiap murid Tahun Satu di negeri berkenaan.

"Selain itu bantuan RM100 juga diberikan kepada setiap pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), serta bantuan RM300 kepada setiap pasangan yang berkahwin kali pertama.

"Bantuan kad kesihatan yang mempunyai nilai RM500 turut diberikan kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) untuk mendapatkan rawatan kesihatan di klinik-klinik swasta," katanya.

Menurut Wan Rosdy, kerajaan Pahang juga bersetuju untuk menubuhkan Tabung Prihatin Pahang dengan peruntukan RM5 juta yang merupakan satu lagi inisiatif terbaharu kerajaan negeri dalam membantu rakyat dalam golongan B40 untuk mendapatkan bantuan kecemasan yang diperlukan, bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Bercakap mengenai majlis penyerahan baucar berkenaan, beliau berkata sebanyak 5,000 baucar diberikan kepada penerima terawal memohon membabitkan jumlah RM250 ribu.

"Jumlah keseluruhan data pemohon untuk bantuan berkenaan sehingga 24 Mac lalu adalah seramai 22,000 pemohon.

"Program berkenaan bersesuaian tujuan penubuhan Sekretariat Perantau Anak Pahang iaitu menjaga kebajikan dan pembangunan rakyat Pahang yang berada di luar negeri Pahang," katanya.

Katanya, pihak sekretariat bercadang meneruskan program berkenaan ke tahun hadapan memandangkan permohonan dan sambutan yang luar biasa daripada perantau anak Pahang.

"Majoriti permohonan tinggi adalah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Akan tetapi angka permohonan yang berada di luar Lembah Klang juga tinggi seperti di Johor dengan 1,240 permohonan dan Negeri Sembilan membabitkan 696 permohonan," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Wan Rosdy Umum Bantuan Khas Aidilfitri Sebanyak RM1,000 Kepada 8,000 Penjawat Awam Pahang

Sekianlah artikel Wan Rosdy Umum Bantuan Khas Aidilfitri Sebanyak RM1,000 Kepada 8,000 Penjawat Awam Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Rosdy Umum Bantuan Khas Aidilfitri Sebanyak RM1,000 Kepada 8,000 Penjawat Awam Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/03/wan-rosdy-umum-bantuan-khas-aidilfitri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Wan Rosdy Umum Bantuan Khas Aidilfitri Sebanyak RM1,000 Kepada 8,000 Penjawat Awam Pahang"

Catat Ulasan

Loading...