Judul : Indeks Jenayah Di Pahang Meningkat, Rekodkan 802 Kes Dalam Tempoh Empat Bulan Tahun Ini
link : Indeks Jenayah Di Pahang Meningkat, Rekodkan 802 Kes Dalam Tempoh Empat Bulan Tahun Ini
Indeks Jenayah Di Pahang Meningkat, Rekodkan 802 Kes Dalam Tempoh Empat Bulan Tahun Ini
KUANTAN: Indeks keseluruhan jenayah di Pahang merekodkan 802 kes menunjukkan peningkatan sebanyak 159 kes dalam empat bulan tahun ini berbanding 643 kes tempoh sama tahun lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, daripada jumlah tersebut, jenayah kekerasan mencatatkan peningkatan sebanyak 12 kes, iaitu daripada 121 kepada 133 kes pada tahun ini.
"Begitu juga dengan jenayah harta benda iaitu 522 kes pada tahun 2023 kepada 669 kes manakala peratus penyelesaian kes jenayah untuk seluruh Pahang adalah berjumlah 54.74 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Mei tahun 2024 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Khamis.
Yahaya turut memaklumkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang telah berjaya melaksanakan 4,843 tangkapan melibatkan sebanyak 4,392 kes atas pelbagai kesalahan narkotik.
Jelasnya, ia membabitkan nilai rampasan dadah bagi tempoh empat bulan tahun ini direkodkan sebanyak, RM2.7juta.
"Dari segi pertuduhan, sebanyak 247 pertuduhan telah berjaya dituduh di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Dalam tempoh ini juga, tujuh sindiket pengedaran dadah telah berjaya ditumpaskan. Tahniah," katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu polis juga memberi fokus kepada kes-kes komersial kerana ia merupakan salah satu elemen jenayah yang amat dibimbangi kerana impaknya melibatkan jumlah kerugian berskala besar.
Katanya, sebanyak 630 kertas siasatan komersial telah dibuka yang melibatkan kerugian sehingga RM28 juta sepanjang Januari hingga April tahun ini. #sumber
Demikianlah Artikel Indeks Jenayah Di Pahang Meningkat, Rekodkan 802 Kes Dalam Tempoh Empat Bulan Tahun Ini
Anda sekarang membaca artikel Indeks Jenayah Di Pahang Meningkat, Rekodkan 802 Kes Dalam Tempoh Empat Bulan Tahun Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/05/indeks-jenayah-di-pahang-meningkat.html
0 Response to "Indeks Jenayah Di Pahang Meningkat, Rekodkan 802 Kes Dalam Tempoh Empat Bulan Tahun Ini"
Catat Ulasan