Loading...

Utamakan Minoriti Bukan Ahli Politik, Tuan Ibrahim Perjelaskan Sebab Bantah ADUN Lantikan

Loading...
Utamakan Minoriti Bukan Ahli Politik, Tuan Ibrahim Perjelaskan Sebab Bantah ADUN Lantikan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Utamakan Minoriti Bukan Ahli Politik, Tuan Ibrahim Perjelaskan Sebab Bantah ADUN Lantikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Utamakan Minoriti Bukan Ahli Politik, Tuan Ibrahim Perjelaskan Sebab Bantah ADUN Lantikan
link : Utamakan Minoriti Bukan Ahli Politik, Tuan Ibrahim Perjelaskan Sebab Bantah ADUN Lantikan

Baca juga


Utamakan Minoriti Bukan Ahli Politik, Tuan Ibrahim Perjelaskan Sebab Bantah ADUN Lantikan

PETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan PAS mengkritik pelantikan ahli politik sebagai ADUN, selepas Dewan Undangan Negeri Pahang meluluskan usul Menteri Besar, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail untuk melantik ADUN lantikan.

Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berpandangan ADUN lantikan seharusnya mewakili golongan minoriti seperti Orang Asli dan orang India, serta orang kurang upaya atau profesional.

“Lima ADUN baru dilantik itu hampir semua tokoh politik,” kata ADUN Cheka itu, pada sidang media yang dimuat naik di Facebook PAS Pahang.

“Ini (ADUN lantikan) bukan nak perkukuhkan pasukan kerajaan tetapi mestilah segmen untuk kepentingan rakyat.”

Terdahulu, Menteri Besar mengusulkan pelantikan Haris Salleh Hamzah (Ketua UMNO Jerantut), Wong Tat Chee (Ketua MCA Temerloh), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pengerusi Amanah Pahang), dan Rizal Jamin (Timbalan Pengerusi PKR Pahang).

Turut dicadangkan pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Ahmad Irshadi Abdullah.

Selepas usul diluluskan dengan sokongan majoriti, Speaker Mohd Sharkar Shamsudin mengumumkan mereka akan mengangkat sumpah jawatan pada sidang DUN akan datang, yang dijangka pada Ogos.

DUN Pahang pada 20 Nov 2020 meluluskan pindaan enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi melantik ADUN secara lantikan.

Ketika persidangan, Tuan Ibrahim berkata sokongan pihaknya sebelum ini berasaskan syarat ADUN lantikan dalam kalangan NGO, kumpulan minoriti, dan bukan mereka yang terlibat atau bergiat aktif dalam politik.

“Kita mohon usul itu ditangguh supaya lebih jelas fungsi ADUN dilantik tetapi permohonan kami ditolak,” katanya, mengulas lanjut. #sumber



Demikianlah Artikel Utamakan Minoriti Bukan Ahli Politik, Tuan Ibrahim Perjelaskan Sebab Bantah ADUN Lantikan

Sekianlah artikel Utamakan Minoriti Bukan Ahli Politik, Tuan Ibrahim Perjelaskan Sebab Bantah ADUN Lantikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Utamakan Minoriti Bukan Ahli Politik, Tuan Ibrahim Perjelaskan Sebab Bantah ADUN Lantikan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/05/utamakan-minoriti-bukan-ahli-politik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Utamakan Minoriti Bukan Ahli Politik, Tuan Ibrahim Perjelaskan Sebab Bantah ADUN Lantikan"

Catat Ulasan

Loading...