Judul : Kemalangan Bas Dengan Treler Di Simpang Keratong-Bahau, Seorang Lagi Guru Maut
link : Kemalangan Bas Dengan Treler Di Simpang Keratong-Bahau, Seorang Lagi Guru Maut
Kemalangan Bas Dengan Treler Di Simpang Keratong-Bahau, Seorang Lagi Guru Maut
KUANTAN: Seorang lagi guru yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di Jalanan Kuantan-Segamat di Rompin awal pagi semalam meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa maut seramai empat orang setakat ini.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Yusof ketika dihubungi malam tadi dan memaklumkan mangsa keempat meninggal dunia dikenali sebagai Dahlia Ahmad berusia 52 tahun.
“Mangsa meninggal dunia pada 9.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan,” katanya.
Menurutnya 10 mangsa kini masih menerima rawatan manakala 25 dibenarkan keluar selepas menerima rawatan pesakit luar.
Guru berkenaan merupakan mangsa keempat selepas Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah Melaka, Hasnatul Adilah Hassan, 48, pemandu kedua bas Hadi Asyraf Mad Idris,29, dan pembantu operasi sekolah Hamzah Ahmad, 60.
Dalam nahas jalan raya itu, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.
Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras. #sumber
Demikianlah Artikel Kemalangan Bas Dengan Treler Di Simpang Keratong-Bahau, Seorang Lagi Guru Maut
Anda sekarang membaca artikel Kemalangan Bas Dengan Treler Di Simpang Keratong-Bahau, Seorang Lagi Guru Maut dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/06/kemalangan-bas-dengan-treler-di-simpang.html
0 Response to "Kemalangan Bas Dengan Treler Di Simpang Keratong-Bahau, Seorang Lagi Guru Maut"
Catat Ulasan