Judul : Kemalangan Bas Persiaran Dan Treler Di Simpang Keratong - Bahau, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia
link : Kemalangan Bas Persiaran Dan Treler Di Simpang Keratong - Bahau, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia
Kemalangan Bas Persiaran Dan Treler Di Simpang Keratong - Bahau, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia
ROMPIN: Seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau di sini meninggal dunia.
Mangsa ketiga yang meninggal dunia dikenali sebagai Hamzah Ahmad berusia 60 tahun.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, mangsa yang juga seorang guru disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Sebelum itu, seorang penumpang wanita dan pemandu kedua bas membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka maut selepas kenderaan terbabit merempuh treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau di sini pada Ahad.
Mangsa, Hasnatul Adilah Hassan, 48 meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Mohd Adi Hasan, 29, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah.
Bas terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun di Kilometer (KM)126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau. #sumber
Demikianlah Artikel Kemalangan Bas Persiaran Dan Treler Di Simpang Keratong - Bahau, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia
Anda sekarang membaca artikel Kemalangan Bas Persiaran Dan Treler Di Simpang Keratong - Bahau, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/06/kemalangan-bas-persiaran-dan-treler-di.html
0 Response to "Kemalangan Bas Persiaran Dan Treler Di Simpang Keratong - Bahau, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia"
Catat Ulasan