Loading...

UMNO Menolak Kerjasama Dengan PAS Selagi Hadi Awang Menjadi Tampuk Pimpinan Parti Itu

Loading...
UMNO Menolak Kerjasama Dengan PAS Selagi Hadi Awang Menjadi Tampuk Pimpinan Parti Itu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Menolak Kerjasama Dengan PAS Selagi Hadi Awang Menjadi Tampuk Pimpinan Parti Itu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Menolak Kerjasama Dengan PAS Selagi Hadi Awang Menjadi Tampuk Pimpinan Parti Itu
link : UMNO Menolak Kerjasama Dengan PAS Selagi Hadi Awang Menjadi Tampuk Pimpinan Parti Itu

Baca juga


UMNO Menolak Kerjasama Dengan PAS Selagi Hadi Awang Menjadi Tampuk Pimpinan Parti Itu

KUALA KANGSAR: UMNO menolak kerjasama dengan PAS selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi tampuk pimpinan parti berkenaan, tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, ia berdasarkan pengalaman beliau berbincang bersama Abdul Hadi sebelum ini yang sentiasa mengubah pendirian selepas memperoleh persetujuan.

“Saya ingat lagi dalam Majlis Tertinggi UMNO, Perdana Menteri ketika itu yang mewakili kita berkata, UMNO mesti bekerjasama dengan PAS kalau tidak kita menang sembilan kerusi sahaja dan tidak boleh bentuk kerajaan.

“Saya bentang pada Majlis Tertinggi ketika itu di mana saya seorang sahaja dan berkata tidak boleh beri pada PAS kerana PAS ini membohong dari dahulu sampai sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar 2024, di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, beliau merupakan saksi hidup pembohongan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Marang itu semasa mengadakan perbincangan sebelum ini.

“Ini saksi hidup bincang empat mata dengan Hadi Awang di mana depan kita setuju tetapi esok tukar tidak setuju, kemudian kita pujuk kata hendak tiga hari lepas tu jumpa lapan mata, Presiden dan Timbalan Presiden (PAS) bersama saya dengan timbalan.

“Setuju juga kemudian esok tukar lagi. Jangan percayalah selagi orang itu jadi Presiden jangan harap kita hendak bekerjasama dengan parti yang menunggang Islam,” katanya.

Ahmad Zahid pada tahun lalu menyifatkan Pas sebagai ‘gila talak’ apabila mengeluarkan kenyataan tidak menolak akan kembali bekerjasama dengan UMNO menerusi Perikatan Nasional (PN). #sumber



Demikianlah Artikel UMNO Menolak Kerjasama Dengan PAS Selagi Hadi Awang Menjadi Tampuk Pimpinan Parti Itu

Sekianlah artikel UMNO Menolak Kerjasama Dengan PAS Selagi Hadi Awang Menjadi Tampuk Pimpinan Parti Itu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Menolak Kerjasama Dengan PAS Selagi Hadi Awang Menjadi Tampuk Pimpinan Parti Itu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/07/umno-menolak-kerjasama-dengan-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "UMNO Menolak Kerjasama Dengan PAS Selagi Hadi Awang Menjadi Tampuk Pimpinan Parti Itu"

Catat Ulasan

Loading...