Loading...

Zahid: Kekalahan Di Sungai Bakap Bukan Penamat Hadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seterusnya

Loading...
Zahid: Kekalahan Di Sungai Bakap Bukan Penamat Hadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seterusnya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid: Kekalahan Di Sungai Bakap Bukan Penamat Hadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seterusnya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid: Kekalahan Di Sungai Bakap Bukan Penamat Hadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seterusnya
link : Zahid: Kekalahan Di Sungai Bakap Bukan Penamat Hadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seterusnya

Baca juga


Zahid: Kekalahan Di Sungai Bakap Bukan Penamat Hadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seterusnya

MELAKA: Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khususnya UMNO untuk menghadapi PRK seterusnya.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti-parti komponen berkenaan akan terus berusaha dan berazam membawa kemenangan kepada calon Kerajaan Perpaduan dalam PRK akan datang.

"Kita terima (kekalahan), itu keputusan rakyat ... ini bukan penghujung, jalan terakhir PRK bagi mana-mana calon dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Melaka di Dewan Komuniti Telok Mas di sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka yang juga Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Perikatan Nasional (PN) mengekalkan status quo di Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail menang dengan majoriti 4,267 undi setelah menewaskan calon PH, Dr Joohari Ariffin.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mengingatkan ahli UMNO agar melakukan perubahan dalam memenangi hati pengundi.

"Kita harus ingat politik sekarang bukan politik pembangunan (semata-mata, malah) politik sekarang ialah politik isu dan sentimen (yang mesti kita juarai).

"Berapa orang dalam kalangan kita yang (berani) jawab dan pertahankan ketua kita bila dihentam? Kita hanya pandai tularkan (sesuatu isu) dengan kawan-kawan. Dalam situasi ini, kita harus bangkit dan sedar dari sekarang," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Zahid: Kekalahan Di Sungai Bakap Bukan Penamat Hadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seterusnya

Sekianlah artikel Zahid: Kekalahan Di Sungai Bakap Bukan Penamat Hadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seterusnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid: Kekalahan Di Sungai Bakap Bukan Penamat Hadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seterusnya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/07/zahid-kekalahan-di-sungai-bakap-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zahid: Kekalahan Di Sungai Bakap Bukan Penamat Hadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seterusnya"

Catat Ulasan

Loading...