Judul : Dakwaan Kerabat Pahang Serang Individu, Kertas Siasatan Di Hantar Ke Pejabat AG Minggu Ini
link : Dakwaan Kerabat Pahang Serang Individu, Kertas Siasatan Di Hantar Ke Pejabat AG Minggu Ini
Dakwaan Kerabat Pahang Serang Individu, Kertas Siasatan Di Hantar Ke Pejabat AG Minggu Ini
KUANTAN: Kertas siasatan berhubung kes seorang kerabat Pahang bersama sekumpulan individu didakwa menyerang seorang lelaki di sini pada Jun lalu dijangka dihantar semula ke pejabat Peguam Negara minggu ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika ini proses melengkapkan siasatan berhubung kes itu berada dalam fasa terakhir.
Mengulas lanjut, katanya siasatan sudah dijalankan dan pihaknya juga sudah menghantar kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara, namun ia dipulangkan semula untuk siasatan lanjut.
"Kita mengambil tindakan (melengkapkan siasatan) dan mungkin dalam masa tiga atau empat hari lagi selepas siasatan selesai, kita akan hantar semula kepada pejabat Peguam Negara.
"(Hantar semula) untuk arahan selanjutnya iaitu arahan, nasihat dan apa-apa juga yang sepatutnya," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki yang juga pekerja pembinaan dan penyelenggaraan mendakwa diserang sekumpulan individu termasuk seorang kerabat Pahang.
Akibat serangan itu, mangsa dilaporkan cedera pada paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki.
Susulan laporan itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan polis menjalankan siasatan segera, telus dan adil. #beritaharian
Demikianlah Artikel Dakwaan Kerabat Pahang Serang Individu, Kertas Siasatan Di Hantar Ke Pejabat AG Minggu Ini
Anda sekarang membaca artikel Dakwaan Kerabat Pahang Serang Individu, Kertas Siasatan Di Hantar Ke Pejabat AG Minggu Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/09/dakwaan-kerabat-pahang-serang-individu.html

0 Response to "Dakwaan Kerabat Pahang Serang Individu, Kertas Siasatan Di Hantar Ke Pejabat AG Minggu Ini"
Catat Ulasan